7/23/2010

ustaz sangap...

Salam Jumaat semua...

Tadi aku ada terbaca kat metro sal ustaz bogel 6murid dalam kelas,punca nya murid2 tadi gagal menghafal surah..haish..kalaw ustaz yang ajar agama pon xbule pakai,,abiz siapa yang murid2 nak rujuk kalaw ada masalah semua neyh??xkan nak g tanya tukang kebun??hahah..kalaw ea un dh sangap sangat,,cari ar benda yang halal untuk kau lepas gian kau tuh,,neyh tak,,student kau jugak yang kau nak..ish2..nampak sangat kau layan aril peterpon dengan luna maya,tuh kau jadi camtuh kan.hahaha..


untuk sapa2 yang xbaca metro lagi...bole baca kat cini kes yang tengah aku cakap neyh..
*SUMBER DARI HARIAN METRO DAN AKU HANYA M'COPY PASTEKAN..
                                                     gambar hiasan
SIMUNJAN: Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.
Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel.

Menurut sumber, enam murid lelaki terbabit juga diarahkan berbogel dalam kelas dengan disaksikan rakan, manakala murid perempuan itu dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum dia mendakwa dicabul ustaz berusia 30-an itu.

“Lima murid lelaki dihukum dengan duburnya dimasukkan lidi penyapu selepas diarahkan berbogel, manakala seorang lagi dikasari dengan lehernya dijerut menggunakan wayar. Seorang murid perempuan pula dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba ustaz itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian menjijikkan itu berlaku pada minggu lalu dan laporan sudah dibuat kepada guru besar sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil. Bagaimanapun, kes kemudian dibawa ke Pejabat Pelajaran Daerah.

“Susulan kejadian itu, semua murid berkenaan diiringi ibu bapa masing-masing membuat laporan di Balai Polis Simunjan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Ini kerana, katanya, polis masih belum mendapat maklumat lengkap dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Ini kerana, katanya, polis masih belum mendapat maklumat lengkap dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.
Difahamkan, ustaz yang mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.

Pada masa sama, semua murid terbabit dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan.

Perkara itu turut sudah dibawa ke pengetahuan Jabatan Pelajaran Negeri dan difahamkan, pihak berkenaan turut ke sekolah berkenaan untuk membuat siasatan.

 ckunk neyh macam macam boleh jadi kan..dunia akhir zaman...

6 comments:

Hariz said...

Itu Bukan Ustaz!

New Entry Prof-Hariz
7 Azab Dilihat Penggali Kubur

Muaturun.Co.Cc said...

Salam...

Pendapat aku la kan...

Sape yang betol2 baik bro zaman sekarang nie...semua orang ada wat salah...walau pown ustaz.kalau kita nak tengok kesalahan ustaz semua, jadi sape kita nak ikut,kita pown entah betol ke tak,semayang pown terkontang kanting agi...amik ape yang dia wat betol...yang salah jgn ikut...betolkan diri kita dan berdoa agar mereka sedar dan ubah apa yang salah dan berdoa agar kita dihindarkan Allah dan dianugerahkan kekuatan pada kita agar kita tak wat menda2 cm 2...semua orang lemah dan ada wat salah.

diraja22 said...

kesian anak harapan bangsa, dididik sebegini rupa..
harapkan pagar, pagar bawa rebah..

budakmengong said...

wslm...

pendapat aku pulak.hahah
kunci dya senang je..solat.sebab solat dapat hindarkan diri dari perkara mungkar..kan..
btol2..yang baek kita amek n yang xelok tuh kita tanam jaoh2 lam tanah.kita sbgai hamba yang lemah cuma bule berdoa supaya dihindarkan dari melakukan perkara mungkar dan keji..(aiseh,,bule jd penceramah bebas neyh aku neyh)haha

SyerAgh said...

tittle ustaz sng je dapat.. tittle tok guru susah..

Ainon Munirah said...

pelik2 je orang zaman skrg nie.
tp kan, macam salah kite jugak.
asal ngajar agama je, kite panggil ustaz.
padahal die pon tengok dlm buku gak.
kalo camtu, semua bole jadik ustaz kan?
bace je la dlm text book tu..

Search This Blog