8/14/2010

Paku didinding hatimu

Oke.aku nk share satu cerita dengan korunx semua..mungkin kita xsedar selama neyh kita ada buwt insan yang bernama sahabat ini terluka dengan perangai kita dan walaupun luka tuh hanya sedikit tapi meningalkan kesan yang mendalam kepada sahabat kita..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah.dia tidak dapat mengawal kemarahanya walaupun ianya hanya satu masalah yang kecil sahaja...
Pada satu hari.bapanya telah menghadiahkanya dengan seguni paku
"untuk apakah paku-paku ini ayah?"tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah,kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini bagi melepaskan kemarahanmu".Jawab ayahnya

Pada pertama sahaja,pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu,setelah dia dapat mengurangkan kemarahanya,jumlah paku yang digunakan juga semakin berkurangan
Dia mendapati adalah lebih mudah mengawal kemarahanya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.Akhirnya tibalah satu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah walau sekali pon.Dia pon memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh mencabut kembali paku itu satu persatu pada hari yang ia lalu tanpa kemarahan.Hari berganti hari,dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku tersebut.Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,"kau telah melakukannya dengan baik,anaku,tetapi lihatlah kesan lubang lubang ditembok batu tersebut,tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan ketika marah,ianya akan meningalkan luka dan parut,sama seperti ini.Tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu,namun lukanya masih tetap ada".

Luka dihati adalah lebih pedih dari luka fizikal.Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkanmu ketawa dan mengalakan kamu kearah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar,berkongsi suka duka,dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


Hargai lah sahabat anda dengan sebaik mungkin,kerana tanpa mereka disisi,siapalah kita neyh.Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang didinding hati anda..

 

19 comments:

Kimie Hashim said...

betul tu..emm insaf aku baca entri ni, aku rasa macam nak minta maaf je..aku mintak maaf ya kalau ada salah silap..tulah, kita kenalah kawal marah kan.. :')

Kimie Hashim said...

hehe..datang lagi.. :) mekasih cakap blog ak smart.. :) tak tido agy ke??

budakmengong said...

imie hashim;sy jgk dgn perasaan m'rndah diri,ingn mmnta maap skiranye pnh mnykitkan aty anda=)

diana said...

saye rase saya
paling banyak lubang2 paku
di hati
angkara kawan2..
so..sob..:(

mungkin saye sensetip sangat kot.
mungkin gak saye pun
selalu buat lubang paku
kat hati dia orang..
tu yang dia orang balas balik..

diana said...

eh..saye follow awak!

budakmengong said...

diana;tuh ar kn,kdg2 kte cbowk jge aty owg,tp aty kte plak yg terluka.=)

tp yg pnting kte sabar

Portgas D Alex said...

Singgah disini

zida said...

pehhh makan dalam gila la maksud cerita ni.
isk isk.
nak salahkan org laen yg salu 'lubangkan' hati kita..
tp kdgn2 kita pun x sedar yg kte buat kat diorang..
muhasabahla diri~

Black_roses92 said...

so, maaf adalah jalan yang terbaik. biarlah kita buang ego untuk bermaafan demi menjernihkan keadaan.. janganlah menyimpan dendam, kerna dendam adalah penyakit yang membawa kesan paling teruk dan buruk padahnya bagi hati.. ;D

ozzy said...

memang bagus kisah ni walaupun sering jumpa dlm beberapa blog kisah yg sama..

p/s - kenapa x letak shoutmix..susah nk tinggal jejak

budakmengong said...

zida;sume mnsia xlri dri bt kslpn.kn.

budakmengong said...

black_roses92;so,nk mnx maaf ugk ar klw2 ad terasa dgn pe yg ditulis..

budakmengong said...

ozzy;bkn xnk letak shoutmix tuh,tp asal letak je,belog jd berat,tuh yg delete twus tuh.hee

Muhammad Shukri Che Lah said...

trharu...huhu..naper xde shout box??.snang skit nk comment.. =)

ozzy said...

salam..
blog berat bukan pasal shoutmix .. bloglist sebenarnya lebih memberatkan blog sbb itu kesemua blog list saya letakkan di blog saya yg satu lagi di sini --> http://ozzy-seraiwangi.blogspot.com/

blog utama saya di sini --> http://ozzy2u.blogspot.com/

RHEA said...

♥ Lihat update terbaru hadiah-hadiah di SINI

budakmengong said...

muhammad;oke,nty sye letak shout box.

budakmengong said...

ozzy;owh.tenx.nty sye ltak shout box tuh.oke

budakmengong said...

rhea;oke=)

Search This Blog