5/26/2011

XXX LAYAN BEB

Mari dekat mari dekat..hehe
siapa xkenal kan SITI ROSMIZAH tuh..
alaa xkan xkenal?
xkenal maka tak cinta.Nampak2 saya melawak?haha


Kalau korang xkenal lagi SITI ROSMIZAH tuh la yang tulis NOVEL MATA BERKACA ...

haaa ni novel pertama beliau..
punya la best sampai berapa kali cetakan pon ceq tataw nak abaq kat hampa..
tapi nak abaq mai memang best sgt kot walaupon jalan cerita dia sedih.
aku rasa kalau laki hat dok ego kalau baca sorang2 kenfem nangeh..diam2 suda.haha

Novel ke2 beliau CINTA KAU DAN AKU..
novel ke2 ni best jugak...
jalan cerita yang syiokk walaupon tiba2 ada part air mata..sob.sob


lepas kejayaan beliau menulis novel ke2 beliau muncul dengan novel ke3.JENGJENGJENG..
LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Oke fine.cover dia memang macam pasal cerita seram or balasan akhirat or whatkan..
kalau nak taw pasai apa p beli la noh..haha


Cuba teka what?haa maria ozawa datang malaysia?
ehh bukan la u...
tapi SITI ROSMIZAH baru saja siapkan novelkan ke4 beliau..
rasa rasa nak bagi tajuk apa untuk novel tuh?
hehe.xpayah la.beliau dah letakan tajuk pon untuk novel tuh..haha
7 HARI MENCINTAIKU..pergh..


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


Bestkan?kalau nak beli kena cepat dong kalau x kena tunggu cetakan kedua la jawabnya
haaha
RM32.90 semananjung malaysia
Rm35.90 untuk sabah&sarawak

tak mahal pon la sebab semua 1050 pages..







4 comments:

misyamissyou said...

agak mcm dh lame sngt2 xlayan novel2 cm ni..huhuu

budakmengong said...

tp neyh novel wajib bce neyh.haha

ghost writer said...

baru kenal sapa siti rosmizah..

budakmengong said...

cuba bce dy nye novel plak..best ouh.hehe

Search This Blog