12/25/2012

OK SEDAP

ASSALAMMUALAIKUM

Hari ni  guwa malas nak update panjang lebar sebab sangat sedap hari ni bila kebahagiaan guwa diragut...Guwa syak kaki kiri guwa mungkin retak atau patah.Doktor tadi cakap bengkak je patu dia letak ubat then balut.patu dia cakap kalau esok bengkak lagi kena buat xray.Adeh doktor ni kalau buat xray sekarang je tak boleh ke.Kenapa nak tunggu esok.Guwa tak nak kaki guwa lagi terok.Ah doktor ni.Tapi sebagai seorang yang penyabar guwa tunggukanlah jugak sampai esok.ahh bajett.hahaaa


okay malas dah nak update lepas ni dengan keadaan guwa yang macam ni
dah magrib ni cioww dulu
assalammualaikum

12/13/2012

AKU SUKA DIA PART II

ASSALAMMUALAIKUM MALAYSIA



Haa haritu kan guwa ada cerita pasai guwa suka kat diaa tuu kan.kalau rasa tak baca lagi boleh baca kat sini guwa suka sangat kat dia mungkin sebab dia putih.Putih sangat ok.Comel pulok tu.Guwa syak kalau najib nengok dia tu mesti cair punyoo.cun beb.eh bukan najib hok PM tu.hok ni najib kat unite kingdom tu.haha.kalau anwar ibrahim nengok plak korang fikir lah sendiri apa yang akan jadi.laki pon dia bernafsu.hahaha.hoi hoi tak baik kata ke orang.ni anwar ibrahim yang kat afrika tu.Bukannya yang PKR tu.




Okay sambung cerita,,guwa sebenarnya terpengaruh bila membe membe guwa ramai yang ada putih macam yang guwa suka tu.So haritu guwa nekad,guwa nak jugak yang putih macam membe membe guwa punya.So guwa terus ke City Plaza sebab guwa ingat nak survey yang putih macam tu jugak.Bila sampai je kat City Plaza tu guwa tengok ramai jugak yang putih macam membe membe guwa tu.Guwa time tu dah bernafsu gila okay.Sangat bernafsu.So guwa ambik keputusan untuk hampiri dia yang putih tu.Mana boleh kalau dah bernafsu nak tengok dari jauh kan.Rugi lah.Barang baik kena tengok dekat dekat baru puas.kan.




Makin dekat guwa dengan dia semakin bernafsu guwa(sila abaikan hipotesis ni).Guwa semakin dekat dengan dia.Hati guwa dah mula tak keruan.nafsu guwa tak payah nak cakap,dah macam gunung berapi muntahkan lava diaa tu.Bila guwa dah dekat dengan dia,guwa terus pegang diaa.Ah sudah.Best gilaa kott.Dah la comel smart pulookk.


Jari guwa terus tekan tekan badan dia tu.adoii.memang guwa dah berkenan sangat kat dia tu.Kalau guwa dapat boleh guwa menganjing kat membe membe guwa.baru depa tau guwa pon boleh ada jugak yang putih cam depa punya tuh.So lepas guwa dah puas hati godek godek badan dia guwa tanya orang tu berapa harga ni.Sedap plak guwa test dia.Patu dia cakap ni 2k lebih ni dik.guwa amek wallet,guwa belek duit ah sudah dalam wallet guwa ada 300 lebih je.cilake.takpelah bang nanti i mai balik.nak p ATM sat.amek duit.ni abang simpan dulu.

padahal guwa bukan nak ke atm pon.card atm pon guwa takde.kalau nak amek duit kena guna buku.Guna buku leceyy nak kena tunggu giliran bagai.hok aloh.kan senang kalau guwa ada bank satu.senang hidupp guwa.haha.So guwa batalkan lah hasrat guwa nak beli diaa..guwa balik rumah dengan satu perasaan hampa.takpa takpa tunggu lagi sepuluh tahun baru guwa dia.murah siket.tau je la kan barang lama memang murah.tak caya lu pergi minang anak dara.harga hantaran mesti tinggi kalah ferari sebijik.tapi kalau lu minang anak dara terlajak hehe mesti harga pon biasa biasa je.tak lebih dari harga kereta kancil secondhand.hehe.percayalah cakap guwa.



Okay benda yang guwa maksudkan tu Samsung galaxy note 2 yang warna putih tu.lu jangan nak pikiaq hok bukan bukan sangat.haha

sekkian entri kali ni


11/05/2012

AKU SUKA DIA

Ni bukan lirik lagu si ainan tasneem tapi memang aku rasa aku dah suka sangat kat dia
comel?semestinya.putih semestinya.tapi tak tahulah mampu ke tak aku nak memiliki dia.
esok lah taip lain.rasa kosong sangat.mood melayang entah kemana.mungkin terkena tempias uhuk perempuan barangkali


10/28/2012

SELAMAT HARI RAYA

ASSALAMMUALAIKUM DAN HAI


Harap harap belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya kepada semua umat islam di mukabuku mukabumi ini =.=" Sengaja aku taip selamat hari raya saja sebabnya entri ni nanti boleh diguna pakai untuk hari raya akan datang.Makanyaaaaa tak perlula nak detailkan raya apa berapa haribulan segala sebab ini adalah entri serbaguna.kahkah

Okay sebelum tu maafkan saya sebab tak sempat nak tinggalkan komen kat blog chef izwani sebabnya saya amatlah busy mengalahkan perdana menteri abad ini.tapi sempat masa raya tu view belog chef guna tab tapi atas kelembapan dan kekuraan line celcom dikampung maka hanya sempat saya view dan nampak gambar chef sedang membuat donut.gebu ye chef donut tu?heheee


haha sekarang aku lebih kerap ketawa bila study.bukan sebab aku gila tapi aku sebenarnya ketawakan sikap aku yang suka study last minute kendian mulalah nak gelabah,baca buku bm tak kena,baca buku sejarah tak best,baca buku pengajian am tak faham dan mulalah nak HAHA sorang diri sebab kegagalan aku uruskan masa buatkan aku jadi separuh gila,sedangkan aku boleh je study dengan lilex kalau aku guna masa yang ada sebelum ni dengan sebest bestnya. 


minggu depan dah nak exam dan tolong ye doakan kejayaan saya.terima kasih

**sekian entri ringkas dari aaron aziz.



9/06/2012

SEMANGAT

Hai Assalammualaikum...


Haa esok ada trial for muet tapi aku langsung tak study lagi pasal tajuk stress sebab sir cakap akan masok tajuk tuh.Eh bukan akan tapi memang confirm masok tajuk tuh untuk writing.Hm entah lah.aku sekarang memang dah cam malas nak study buat homework bagai.Aku bukan apa,cuma sejak masok form6 ni aku dah jadi hilang semangat sebab kawan kawan ramai yang dah angkat kaki jejak universiti.tapi aku?terperap kat sini dan masih lagi disekolah yang lama untuk dua tahun lagi.Yess DUA TAHUN tuh sangat lama bagi aku sekarang yang terperap kat tingkatan ENAM


Sejujurnya kan aku sangat mengharapkan peluang nak masok uitm untuk december intake ni..Memang aku berharap gila.Mungkin sebab aku terlalu berharap yang buat semangat aku hilang untuk study masa form 6 ni.Tapi bila tengok balik result spm,buat aku tertanya tanya,dengan result yang macam serdak biskut ni layak ka aku nak masok uitm?hm sedih.sedih sebab dulu masa form 4 dan form 5 aku banyak main,langsung tak fokus dengan apa yang cikgu ajar masa dalam kelas.Mungkin sebab aku tersalah tersalah pilih kelas masa form 4 dulu.Yup aku pilih aliran science yang ada subjek BIOLOGY,CHEMISTRY,PHYSIC dan ADDMATH.Science aku masa pmr pon dapat B je,tuh pon gagah nak pilih aliran science.Kat situ silap aku yang paling besar.


rembat dari encik google
Bila dah masok aliran science,,belajar bio,physic,chemistry dengan addmath aku memang dah rasa macam berat sangat subjek ini untuk aku.Patu memang terbukti bila Ujian 1 aku cuma dapat 34 je untuk bio.Fizik markah okay untuk ujian 1 sebab agak senang dan kimia dengan addmath aku fail.Nampak tak betapa teruknya result aku.Lepas dapat markah bio tuh,terus cikgu bising bising,then cikgu nasihatkan orang yang fail bio untuk tukar kelas lain sebab tak sesuai dengan kelas science.Yelah,markah ciput,tuh baru masok dua topik.Kalau masok semua topik?hm fikir fikir balik,eh teruknya aku.



Tapi  apa yang cikgu nasihatkan suruh tukar kelas tuh,macam masok telinga kanan keluaq telinga kiri.Langsung aku tak pedulikan,padahai semua ni untuk masa depan aku dengan kawan kawan yang lain jugak.Ego nya aku masa tuh.Patu bila ujian dua plak markah aku makin down,benda yang dah belajar jadi banyak dan yang tak paham pun jadi makin banyak.Aku plak semakin blurr.Tapi aku gagahkan jugak nak stay kat kelas science tuh walaupun aku memang tak pernah paham apa yang cikgu ajar masa form 4 tuh

Okay bila dah masok form 5 dah mula ada sket kesedaran yang spm dah nak dekat and kena study betoi betoi untuk masa depan(ayat semangat awal tahun sekolah). Masa form 5 tuh jadi rajin la sket nak study bagai,masa balik buat study group walaupun benda yang distudykan tuh cuma sembang kosong.Nampak tak semangat aku?haha.Hm tahun 2011 sebenarnya aku banyak berubah kot.taktahu la orang lain perasan ke tak,tapi serius aku memang dah berubah untuk jadi lebih serius masa belajar.Masa form 5 dapat cikgu bio pon okayy,,so aku jadi lagi semangat nak belajar bio.Okay memang bio aku masa form 5 okayy sket dari form 4 tapi masalahnya dalam exam bukannye masok apa yang belajar time form 5 je.So aku aku amek keputusan untuk study balik bio form 4 masa kat rumah koy 3 pagi.sebab waktu tuh otak fresh so senang masok...

Masa hari pertama aku bangun kol 3 pagi untuk study bio tuh kan.HAHA.aku rasa macam bangangnya aku ni.Baru bukak buku bio tengok index je aku dah cam pelik,`eh aku pernah belajar ke benda ni time form 4'haha bangang aku memang bangang.macam takde benda je yang aku belajar time form 4 tuh.So aku tengok balik semua benda yang aku tak paham.Aku teliti satu satu gambarajah yang ada.
***SETENGAH JAM KEMUDIAN***
what the heckkk..apa benda yang aku baca ni,tak paham pon.mencik ahh dan aku pon tidoq balik.Setengah jam je study.ISH ISH.Memang untuk subjek bio,,tuh la hari pertama dan last aku bangun kol 3pagi untuk study benda tuh.subjek lain aku kekalkan.cuma untuk bio je sebab otak aku memang tak boleh terima subjek bio.taktahulah kenapa.So untuk subjek bio,,apa yang cikgu ajar kat sekolah sampai kat situ jelah,balik rumah nak harap bukak bio memang tak lah =.="


Haaa,,masa form 5 plak kan,bila dah dapat cikgu bio yang okayy,,dapat plak cikgu fizik yang macam tuutt..HAHA.Bukan aku nak kata,tapi memang perangai dia camtu.SERIUS.Aku pon tak tau kenapa dia tak suka kat kelas aku.Hari pertama subjek dia pon dia dah marah marah.Aku ingat lagi bilamana kawan aku tak paham,then dia angkat tangan patu tanya cikgu tuh..Habis je dia tanya soalan,tahu tak cikgu tuh jawab apa?Cikgu tuh jawab ' HANG BODO,HANG TOKSAH DOK TANYA AKU ' haha serius dia cakap macam ni.kalau aku yang kena camni confiirm lepas ni aku memang tak cakap terus lah dengan cikgu  tuh.Tapi kawan aku kena jenis relax so habis situ jelah.takde nak makan dalam bagai.Haa lagi satu kan,,cikgu tuh kalau buat kelas tambahan,,dia jenis pilih orang.Aku kan pandai,so confirmlah aku antara orang yang cikgu tuh pilih untuk diketepikan.haha.sangat sedih okay bila aku tak terpilih untuk join kawan kawan yang lain untuk kelas tambahan cikgu tuh.Kalau tak silap aku cuma 10 yang dia pilih dari 24 orang budak kelas aku..Agak terasa disitu.aku sendiri sampai sekarang tak tau kenapa cikgu tuh tak pilih aku.mencik betol.Nama cikgu fizik aku tuh CIK SALMIAH binti ape tah. Sengaja aku mention nama supaya dia tau betapa bengangnya aku kat dia masa form 5 dulu kalau satu hari nanti cikgu tuh jumpa and terbaca blog aku. hakhak


Bila ingat ingat balik,banyak nasihat cikgu yang dulu abaikan sekarang banyak terjadi kat aku.Aku rasa menyesal gila sangat.Kalau la boleh patah balik masa dulu memang aku akan ubah semua.tapi..memang tak mungkin berlaku.Tahun ni plak pengetua ada nasihatkan kat semua students `bila dah masok form 6 ni pandang ke depan je jangan pandang ke belakang,ke kiri,ke kanan dah,tak payah dok berangan nak dapat ipta december intake ke apa sampai tak belajar masa form 6 sebab takut apa yang kita kendong tuh berciciran yang kita kejar pon tak dapat.Lagi pon kalau dapat ipta untuk december intake,hangpa akan dapat course yang orang lain takmau ja,,jadi apa salahnya kalau hangpa sabaq sat lagi dua tahu,study betoibetoi dapat 4flat then hangpa boleh pilih course yang lagi baik untuk buat ijazah banding dengan december intake yang tah apaapa punya course'

Memang betoi pon apa yang pengetua cakap tuh,tapi aku rasa aku cam tak tahan je kat form 6 ni.hm satu lagi nasihat yang aku cuba abaikan?macam mana plak masa depan aku kalau aku abaikan nasihat orang yang makan garam dulu dari aku kali ni  =(

terlalu banyak persimpangan buat aku keliru dengan pilihan aku  sekarang


3/08/2012

MUKA JAMBU TAPI SAYANG.......





Mulakan entri hari ni dengan gambar korebu(korea jambu)haha
besttkan kalau dari dalam perot ibu lagi muka dah bajet
habis jambu cam ni.

Keluar je dari rahim ibu terus nurse ajak couple.
yela muka jambu,sape xnak.Tak sia sia si mak teran bagai nak rak tadi.haha
oke cukopp dengan jambuu jambu ni.mak nyah zaman sekarang pon dah banyak
yang jambu.auww.sunguh asyik layanan maknyah jambu.
duniadunia.haha

Tapi kalau muka je jambu tak guna jugak.
kalau cantik/hensem teqa mana pon tak guna jugak kalau rambut hangpa tak qeti nak jaga.eh haha
alahh rambut je kott,,apadehal laa janji awek/boyfriend aku hensem.
ohh noo jangan la dok pikiaq centu.

cuba bayangkan kalau tengah date dengan boypriend/awek kan tetiba rambut
boypriend/awek hang gugur.kalau sehelai tuh takpe lah kan
tapi kalau dah gugur lajulaju apa celopp kan
kalau kahwin dengan dia silap silap anak korang lahir tanpa rambut

guane?nak clash tak?hahaha
ehh jangan clash dulu ni.tapi korang belikan la 
pasangan korang yang tercinta tuh benda ni .

lingling,i tengok rambut lingling makin nipis la.
i bukan apa ling,i xnak la nanti anak anak kita jadi 
upin ipin,rambut tak tumbuh tumbuh.so ape kata ling cuba guna shampo ni
shampo tu best oo ling,dulu i pernah guna jugak,dari rambut nipis terus jadi  
macam ni.hehe

harga produk ni pon tak mahal.murah je
dari buang duit g salonn sampai beratus ratus baik beli produk ni
memang sangat berbaloii oke.tak caye tanya dokter rozmey.

kalau rasa nak beli and nak tahu lagii banyak pasal shampoo ni bule klik sini
banyak kelebihan yang korang akan dapat kalau rambut sihat
antaranya kan
  • rambut yang sihat pasti menarik perhatian orang ramai.tak caye tengok dokter rozmey.jelas terbukti kan.haha
  • pastu korang akan berasa sangat yakin bila berdepan dengan orang ramai


1/02/2012

AWEK ZAMAN SEKARANG MEMANG HOTT

Awek zaman sekarang memang HOT kan?pewwiittt
Mana tak HOT nye dengan terel main gitar patu suara tak payah nak cakap
memang sedap kot tambah pulak ada muka yang CUTE memang lagi HOT la kan..haha

Kalau dulu yang hot sangat si SYEERA SANDER ni sebab suara dia memang
power and senyuman dia yang mengoda tuh kan.kan.haha
Lepas tuh naik pula nama si NAJWA LATIF NI.suara dia pon bestt..

Dia ni meletopp lepas nyanyi lagu CINTA MUKA BUKU tuh sebab dah jadi trend orang
sekarang bercinta melalui laman sosial FACEBOOK so memang tak jadi masalah la
kan untuk lagu cinta muka buku dapat tempat kat hati pendengar.kan.haha

haa oke tadi(jam 4pagi) sesaja buka youtube patu masa search 
carta hati cover terjumpa AWEK yang sungguh ohsem.
adehh..sumpah suka dia.angausawan lagi la kalau cam ni.hehe
Membebel membabi buta pon tak guna jugak..
jomm layann




Memang terbaik kan dia nyanyi lagu ni walaupun sebutan memang
macam lawak sikit.tapi okayy la weh
dia ni from thai and nama dia keesamus(ni jelah yang aku taw)hehe

babai syeera sander.i ada awek baru okayy.KEESAMUS<3<3 haha

Search This Blog