9/06/2012

SEMANGAT

Hai Assalammualaikum...


Haa esok ada trial for muet tapi aku langsung tak study lagi pasal tajuk stress sebab sir cakap akan masok tajuk tuh.Eh bukan akan tapi memang confirm masok tajuk tuh untuk writing.Hm entah lah.aku sekarang memang dah cam malas nak study buat homework bagai.Aku bukan apa,cuma sejak masok form6 ni aku dah jadi hilang semangat sebab kawan kawan ramai yang dah angkat kaki jejak universiti.tapi aku?terperap kat sini dan masih lagi disekolah yang lama untuk dua tahun lagi.Yess DUA TAHUN tuh sangat lama bagi aku sekarang yang terperap kat tingkatan ENAM


Sejujurnya kan aku sangat mengharapkan peluang nak masok uitm untuk december intake ni..Memang aku berharap gila.Mungkin sebab aku terlalu berharap yang buat semangat aku hilang untuk study masa form 6 ni.Tapi bila tengok balik result spm,buat aku tertanya tanya,dengan result yang macam serdak biskut ni layak ka aku nak masok uitm?hm sedih.sedih sebab dulu masa form 4 dan form 5 aku banyak main,langsung tak fokus dengan apa yang cikgu ajar masa dalam kelas.Mungkin sebab aku tersalah tersalah pilih kelas masa form 4 dulu.Yup aku pilih aliran science yang ada subjek BIOLOGY,CHEMISTRY,PHYSIC dan ADDMATH.Science aku masa pmr pon dapat B je,tuh pon gagah nak pilih aliran science.Kat situ silap aku yang paling besar.


rembat dari encik google
Bila dah masok aliran science,,belajar bio,physic,chemistry dengan addmath aku memang dah rasa macam berat sangat subjek ini untuk aku.Patu memang terbukti bila Ujian 1 aku cuma dapat 34 je untuk bio.Fizik markah okay untuk ujian 1 sebab agak senang dan kimia dengan addmath aku fail.Nampak tak betapa teruknya result aku.Lepas dapat markah bio tuh,terus cikgu bising bising,then cikgu nasihatkan orang yang fail bio untuk tukar kelas lain sebab tak sesuai dengan kelas science.Yelah,markah ciput,tuh baru masok dua topik.Kalau masok semua topik?hm fikir fikir balik,eh teruknya aku.



Tapi  apa yang cikgu nasihatkan suruh tukar kelas tuh,macam masok telinga kanan keluaq telinga kiri.Langsung aku tak pedulikan,padahai semua ni untuk masa depan aku dengan kawan kawan yang lain jugak.Ego nya aku masa tuh.Patu bila ujian dua plak markah aku makin down,benda yang dah belajar jadi banyak dan yang tak paham pun jadi makin banyak.Aku plak semakin blurr.Tapi aku gagahkan jugak nak stay kat kelas science tuh walaupun aku memang tak pernah paham apa yang cikgu ajar masa form 4 tuh

Okay bila dah masok form 5 dah mula ada sket kesedaran yang spm dah nak dekat and kena study betoi betoi untuk masa depan(ayat semangat awal tahun sekolah). Masa form 5 tuh jadi rajin la sket nak study bagai,masa balik buat study group walaupun benda yang distudykan tuh cuma sembang kosong.Nampak tak semangat aku?haha.Hm tahun 2011 sebenarnya aku banyak berubah kot.taktahu la orang lain perasan ke tak,tapi serius aku memang dah berubah untuk jadi lebih serius masa belajar.Masa form 5 dapat cikgu bio pon okayy,,so aku jadi lagi semangat nak belajar bio.Okay memang bio aku masa form 5 okayy sket dari form 4 tapi masalahnya dalam exam bukannye masok apa yang belajar time form 5 je.So aku aku amek keputusan untuk study balik bio form 4 masa kat rumah koy 3 pagi.sebab waktu tuh otak fresh so senang masok...

Masa hari pertama aku bangun kol 3 pagi untuk study bio tuh kan.HAHA.aku rasa macam bangangnya aku ni.Baru bukak buku bio tengok index je aku dah cam pelik,`eh aku pernah belajar ke benda ni time form 4'haha bangang aku memang bangang.macam takde benda je yang aku belajar time form 4 tuh.So aku tengok balik semua benda yang aku tak paham.Aku teliti satu satu gambarajah yang ada.
***SETENGAH JAM KEMUDIAN***
what the heckkk..apa benda yang aku baca ni,tak paham pon.mencik ahh dan aku pon tidoq balik.Setengah jam je study.ISH ISH.Memang untuk subjek bio,,tuh la hari pertama dan last aku bangun kol 3pagi untuk study benda tuh.subjek lain aku kekalkan.cuma untuk bio je sebab otak aku memang tak boleh terima subjek bio.taktahulah kenapa.So untuk subjek bio,,apa yang cikgu ajar kat sekolah sampai kat situ jelah,balik rumah nak harap bukak bio memang tak lah =.="


Haaa,,masa form 5 plak kan,bila dah dapat cikgu bio yang okayy,,dapat plak cikgu fizik yang macam tuutt..HAHA.Bukan aku nak kata,tapi memang perangai dia camtu.SERIUS.Aku pon tak tau kenapa dia tak suka kat kelas aku.Hari pertama subjek dia pon dia dah marah marah.Aku ingat lagi bilamana kawan aku tak paham,then dia angkat tangan patu tanya cikgu tuh..Habis je dia tanya soalan,tahu tak cikgu tuh jawab apa?Cikgu tuh jawab ' HANG BODO,HANG TOKSAH DOK TANYA AKU ' haha serius dia cakap macam ni.kalau aku yang kena camni confiirm lepas ni aku memang tak cakap terus lah dengan cikgu  tuh.Tapi kawan aku kena jenis relax so habis situ jelah.takde nak makan dalam bagai.Haa lagi satu kan,,cikgu tuh kalau buat kelas tambahan,,dia jenis pilih orang.Aku kan pandai,so confirmlah aku antara orang yang cikgu tuh pilih untuk diketepikan.haha.sangat sedih okay bila aku tak terpilih untuk join kawan kawan yang lain untuk kelas tambahan cikgu tuh.Kalau tak silap aku cuma 10 yang dia pilih dari 24 orang budak kelas aku..Agak terasa disitu.aku sendiri sampai sekarang tak tau kenapa cikgu tuh tak pilih aku.mencik betol.Nama cikgu fizik aku tuh CIK SALMIAH binti ape tah. Sengaja aku mention nama supaya dia tau betapa bengangnya aku kat dia masa form 5 dulu kalau satu hari nanti cikgu tuh jumpa and terbaca blog aku. hakhak


Bila ingat ingat balik,banyak nasihat cikgu yang dulu abaikan sekarang banyak terjadi kat aku.Aku rasa menyesal gila sangat.Kalau la boleh patah balik masa dulu memang aku akan ubah semua.tapi..memang tak mungkin berlaku.Tahun ni plak pengetua ada nasihatkan kat semua students `bila dah masok form 6 ni pandang ke depan je jangan pandang ke belakang,ke kiri,ke kanan dah,tak payah dok berangan nak dapat ipta december intake ke apa sampai tak belajar masa form 6 sebab takut apa yang kita kendong tuh berciciran yang kita kejar pon tak dapat.Lagi pon kalau dapat ipta untuk december intake,hangpa akan dapat course yang orang lain takmau ja,,jadi apa salahnya kalau hangpa sabaq sat lagi dua tahu,study betoibetoi dapat 4flat then hangpa boleh pilih course yang lagi baik untuk buat ijazah banding dengan december intake yang tah apaapa punya course'

Memang betoi pon apa yang pengetua cakap tuh,tapi aku rasa aku cam tak tahan je kat form 6 ni.hm satu lagi nasihat yang aku cuba abaikan?macam mana plak masa depan aku kalau aku abaikan nasihat orang yang makan garam dulu dari aku kali ni  =(

terlalu banyak persimpangan buat aku keliru dengan pilihan aku  sekarang


No comments:

Search This Blog