12/23/2013

SANGAT SANGAT SANGAT BUSY

ASSALAMMUALAIKUM



Lepas lama tak taip haa tudia ni baru dan nak taip balik sebab busy sangat sangat sangat la ni.Hm busy ka malas?kalau dah malas jangan dok bagi alasan macam macam lah dey cha.maa cha
Sekarang ni sem break.cuti seminggu okay.diulang.cuti seminggu.tapi kerja yang dapat macam cuti patratusnampulohjutahari.haih nasib badan lah


Okaylah nak cerita sikit ja xbanyak pasai event kali ni.Sangat penat okay.Aku dapat jawatan Head Of Food and Beverage hm sumpah aku tak mau langsung jawatan ni tapi kenapalah jemah calonkan nama aku then aku terpilih plak.Hm tapi dah dapat kepercayaan kenalah galas tanggungjawab walaupun bukan secara sukarela.haha


Sebenarnya event ni adalah event dinner untuk budak budak sem 6.Event ni buat hujung bulan 2 nanti tapi lecturer sangatlah kalot dok kejan suruh buat budget padahal benda macam meja siapa vip dan bilangan student pon tak confirm.Oh sangatlah menyerabutkan kepala hotak aku ni



Haa nampak sampai bercontiang habis kertas tu sebab serabut buat anggaran untuk dinner tu.Sangatt lah pening sampai rasa macam tak mau jadi ketua tapi tapi nanti mesti markah kena tolak tolak tolak kalau tolak jawatan ketua tu.Ah serabut. Sebenaqnya best buat event tapi penat sebelum nak buat event tu lah.Nak kena perah otak planning benda ni sampai jadi nyata.Tambah pulak lecturer asyik pressure setiap hari jadi lagi seteqehh.Pening pening.Kadang kadang sebab event ni kawan kawan pon boleh jadi lawan sebab tak sependapat.Tapi sebab dah ada experience handle event rasa rasanya setiap orang pon dh jadi pro kan untuk settlekan masalah kerja dengan peribadi ni.Masalah kerja habis kelas ja dah stop,jangan bawak sampai ke kolej kediaman,kalau idop dok bergaduh macam tu lah sebab event ni.




Dah hal event satu pasai,kemudian ditambah plak dengan assignment dari Puan Intan yang amat disayangi dan dicintai bagi assigment macam dia sorang je ajar dalam kelas tu.Haih.Terima kasih banyaklah Puan Intan sebab dah berjaya menghabiskan masa lapang dengan perkara yang berfaedah iaitu menyiapkan assigment anda.Dah Puan Intan satu hal,ni ni En Zamri ni pulak bagi task apa ni kena kaji struktur binaan arab.Ah sudah nak kaji tu ingat arab dengan kedah ni macam sekangkang kera kot.Eh kera tolong kankang sat nak tengok jauh mana.HAHAHAHA



Yang menambahkan lagi kekusutan aku ni haa nak cari tempat Latihan Industri sem depan.Hm aku ingat nak minta kat Astro atau mediaprima ja,tapi tapi tapi aku tak tahu nak contact bahagian mana untuk minta kebenaran nak LI kat tempat depa.Dah la En Faizal suruh confirmkan masa semester break.ALLAH banyaknya kerja yang perlu aku selesaikan minggu ni.Mohon beri bantuan kepada hambamu ni yang teramatlah kerdil.Haih lemahnya aku ni baru bagi kerja sikit ni ja dah nak merungut bagai.hm hm

Eh kerja aku tak habis setakat ni ja.hahahaha. Ada lagi. Public speaking kot lepas cuti ni. Lepas tu kena present untuk kelas Puan intan kemudian presentation untuk kelas Cik Siti


Astagfirullahaladzimmm.semput nak kejar semua ni dalam masa seminggu.minggu yang amat mencabar. Jangan mengeluh okay tapi kena kuat untuk hadapi benda ni.Inshaallah kita boleh =))


Jangan negatif sangat.Nak jadi orang yang berjaya kenalah rajin kan.Rajin semua aspek

11/05/2013

TIPS UNTUK CALON SPM

ASSALAMMUALAIKUM



Okay entri kali ini khas untuk adik adik tersayang yang masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada esok harinya.Sini abang nak bagi sedikit tips untuk adik adik bagi menghadapi spm setelah penat belajar dari tahun lepas lagi.Terasa tua sebentar.haha

Tips yang pertama

SEDIAKAN SEMUA PERALATAN PEPERIKSAAN

Pastikan slip peperiksaan , ic dan semua alat tulis diletakkan dalam beg siap siap. In case kalau terjaga lambat takde lah hang kelam kabut nak cari sana sini dan kalau nasib malang lagi tertinggal pula slip peperiksaan dan alat tulis,sampai sekolah hang jadi tak aman sebab nak kena isi borang pengesahan dan pinjam alat tulis dari kawan.Tak pasal je sehari exam tu rasa macam hancur ja.So nak elakan benda ini make sure semua peralatan dah standy by dalam beg

TIDUR AWAL

Tidur awal sedikit pada malam sebelum exam. Badan adik adik perlukan rehat yang secukupnya.Eh jap,otak adik adik pon perlukan rehat setelah penat belajar. Nak study banyak banyak pon dah tak guna sebab dah last minit.so tutup lampu dan tidur,esok pergi exam bawak je segala ilmu yang dah belajar selama ini.

BANGUN AWAL

Kalau tidur awal bangunnya pon kenalah awal.hehe. Sebab bila kita bangun awal secara automatiknya kita jadi lebih bersedia dan yakin pada diri kita. Kalau dah bangun awal tuh bagi yang ISLAM eloklah berdoa banyak sikit.mohon dipermudahkan segala urusan kita.Gunakan tagline liverpool.'You never walk alone' because ALLAH always with us.hehe

SARAPAN

Dah elok bangun awal tu lepas siap semua haa jangan lupa pula untuk bersarapan.Sarapan sangat penting untuk adik adik yang nak jawab exam sebab time dalam dewan tu otak adik adik berkerja dengan keras so peranan sarapan nak supply kan tenaga supaya adik adik tak letih dari segi mental dan fizikal. Tapi sarapan tu jangan tibai chicken chop , nasi lemak lapan bungkus.sat g hang yang bungkus oh adik adik.haha

DATANG AWAL

Banyak pula yang awalnya.hehe.Datang awal ke sekolah. Tapi jangan lah pula datang terlalu awal nanti hang yang rasa tak senang duduk bila dok tengok dewan peperiksaan. Bila datang awal ke sekolah tu sempat lah nak adik adik nak baca baca balik short note yang dah adik adik buat tu. Seeloknya adik adik baca bersendirian jangan gatal nak buat discussion time tu risau kawan kawan nak pedejal dia bukak topik baru yang adik adik tak tahu. Dari adik adik ingat sikit nak jawab exam terus tak ingat langsung.kan dah susah kan dah gelabah

MOHON BANTUAN

Mohon bantuan disini bukanlah adik adik membawa masuk toyol tapi dengan mohon bantuan dari ALLAH.Sebelum nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan tu mohon lah bantuan dari ALLAH,dan jangan lupa,langkah dengan kaki kanan. Semasa nak menjawab peperiksaan tu berdoalah sekali lagi.ALLAH suka kalau kita banyak berdoa.

JANGAN GATAL

Dah habis jawab satu paper tuh haa adik adik jangan gatal nak check jawapan dengan kawan kawan lain.Nanti bila tengok kawan kawan lain tanda jawapan tak sama dengan kita automatiknya adik adik akan fikir macam macam dan otak jadi down. So habis ja jawab tu simpan kertas ,tawakal dan berdoa.


Maka tamatlah tips dari abang untuk adik adik sekalian.Semoga adik adik dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Ingat adik adik dah banyak study so mesti dah banyak bekalan untuk jawab exam kan. Jangan cemas kalau tak tahu jawapan tapi adik adik jawablah soalan lain dahulu lepas siap semua baru adik adik jawab balik soalan tadi insyallah soalan tadi adik adik akan dapat jawab jugak

Satu lagi kalau ada gap hari peperiksaan gunalah masa tu untuk cover balik topik topik yang adik adik rasa susah atau belum kuasai sepenuhnya.kalau adik adik ada buat short note kan haa kepit ja dengan note tu 24jam barulah ingat selalu.hehe

Opss satu lagi tertinggal,sebelum nak keluar rumah tuh jangan lupa cium tangan ibu dan bapa adik adik. Minta maaf dengan depa kalau kita ada buat salah dengan depa baru berkat.Dan minta ibu bapa adik adik doakan kejayaan adik adik. Ingat doa ibu bapa sangat berkesan.


Itu saja tips dari abang untuk adik adik. Semoga berjaya untuk adik sendiri di rumah dan untuk calon spm 2013 serta blogger dan juga chef wanie.

**abang sangatt.khonnnn

Entri tanpa gambar

7/05/2013

KEPALSUAN

ASSALAMMUALAIKUM


For sure this is wordless entry.Okay tajuk bahasa melayu sila karang dalam bahasa melayu sepenuhnya.Cakap BM gagap ada hati nak sepiking
Hari yang menyedihkan.Hari yang penuh dengan senyuman dan tawa yang palsu.Senyum selagi boleh =))
SENYUM =))





6/12/2013

wordless entry



Okay tak guna cakap banyak banyak.biar gambar menerangkan segalanya.Yang penting harga kereta 'TURUN'.Yeah terbaik BARISAN NASIONAL.YAKINI BN SAYANGI NAJIB. hahaa

4/25/2013

SUMPAH

ASSALAMMUALAIKUM


Okay dah lama sangat tak update blog. Busy? Agak lah. Malas ? Ya guwa sangat malas nak update blog sejak dua tiga pat lima nam menjak ni. Guwa syak otak dengan hati dah mula tak berkerjasama. Bila otak suruh menaip hati pulak kata jangan. Bila hati suruh mengarang otak pulak kata no idea. Bila ada idea internet pulak tak dak. Hebat permainannya disitu.


SUMPAH. Hoii hang dok sumpah apa malam malam ni? Hm sumpah guwa takdak idea nak update belog. Tadi guwa taip pasal presentation BI tapi tiba tiba tangan guwa ligat tekan backspace.backspace.backspace. Sedar sedar satu entri tu dah di backspacekan. Bangga dengan kebolehan jari ini. Mohon beri penghargaan.


Okay tengah guwa buntu mencari idea guwa pon bukak youtube.Guwa lihat satu video.Video nora danish buat gwiyomi.Jadah apa gwiyomi ni. Dulu yang femes sangat gangnam style dengan harlem shake tu.Sampai pidot pon buat harlem shake kat kamsis.kah kah kah. Guwa tengok gwiyomi ni macam awek awek cun ja yang amek port.Yang tak berapa cun sila sorok dalam almari diam diam ye.HAHA. Maaf maaf kerana lawak hambar kasar dimalam hari.


Guwa sendiri pon tak tahu asal usul si gwiyomi sebab tak dak pulak video yang original kat youtube. Cuma trend ni start dengan artis kpop ler pastu mula merebak kot belah thailand patu indon.Malaysia pon terkena jugak okay wabak gwiyomi ni. Guwa difahamkan gwiyomi ni merujuk kepada seseorang yang comel or cute.Kalau guwa silap mohon k-poopper tegur secara berhemah jangan hentam guwa macam budak gigi rabbit hari tu ye.please.please sambil buat muka gwiyomi. HAK HAK HAK

meh guwa kasi step buat gwiyomi


1 + 1: 일 더하기 일은 귀요미 [il deohagi ireun gwiyomi]
2 + 2: 이 더하기 이 귀요미 [i deohagi ineun gwiyomi]
3 + 3: 삼 더하기 삼 귀요미 [sam deohagi sameun gwiyomi]
4 + 4: 사 더하기 사 귀요미 [sa deohagi saneun gwiyomi]
5 + 5: 오 더하기 오 귀요미 [o deohagi oneun gwiyomi]
6 + 6: 육 더하기 육 귀요미 [yuk deohagi yugeun gwiyomi]

Hm mohon cikgu cikgu ajar semula math kepada remaja zaman sekarang.Ada ke patut 1+1 = Gwiyomi. HAHA.Okay stop,tak pasal pasal guwa kena serang dengan k-poopper pulak nanti.



yang kat atas ni gwiyomi thailand.Jom layan versi malaysia pulopp

omeyy dopp?hihi

guwa syak ni budak sekolah.haha


Hm okay guwa syak kalau nenek guwa buat gwiyomi ni hm mesti view kat youtube lagi tinggi dari gangnam style.HAHAHA



4/13/2013

SURAT CINTA

ASSALAMMUALAIKUM


Okay terus terang entri ni lagi pendek dari buku cerita masa tadika dulu dulu akibat kebizian menyiapkan assignment dan jugak konon konon memulunkan diri untuk study konon konon risau dengan final exam yang tinggal berapa hari ja lagi.

Okay minggu lepas hari jumaat kelas paling best jatuh kepada kelas computer application sebab lepas habis kelas computer tu tiba tiba aku mendapat satu surat cinta.terasa sungguh happy bila nama aku tertera di atas surat cinta tersebut.Ku renungi surat tu,ku tatapi surat tersebut,ku hayati isi surat tersebut.Hm rupa rupanya warning letter 1 akibat dari ponteng kelas computer dua kali.Hm sayang Puan Afifah ketatketat sebab telah membuat hati saya terpaut dengan kandungan surat cinta tersebut.Nasib baik computer application takdak final exam kalau tak confirm kena bar dari ambil exam.Cuma markah PB lah jadi sikit dari orang lain.Tapi salah diri sendiri jugak sebab ponteng kelas Puan Afifah tak cakap apa langsung.Haih.
tak pi kelas puan afifah pon sebab kereta rosak hari khamis tu patu balik rumah terus lah,so terpaksa lahh ponteng kelas hari jumaat.Sorry puan afifah.Ni saya dah buat surat tunjuk sebab mohon puan tarik balik surat cinta tu.


Okay cerita edisi terhad sampai nak usha belog geng power rangers pon tak sempat

3/04/2013

wordless

percayakah anda ptss di kelilingi hutan dan jugak bukit




jugak dikelilingi pokok kelapa sawit yang selalu curi line maxis dan internet




percayakah anda ptss sangat mesra media massa




percayakah anda student ptss jugak merupakan internet bergerak dalam menyampaikan gosip





                                    
                                        percayakah jugak anda ptss terdapat satu tasik yang ikanikan nya sendiri mati lemas

terima saja semua kekurangan sebab datang dengan satu niat,so jangan nak kompleeennnn macam macam la deychaa bak kata wiwi si birthday girl untuk presentation kelas puan Suzaina.kehkehkeh

ASSALAMMUALAIKUM 

1/13/2013

MENANGIS

ASSALAMMUALAIKUM


Okay hari ni taip panjang sikit dari entri sebelum ni.HAHA.Sebenarnya busy,tuh macam malas nak taip panjang panjang.Eh sebenarnya memang malas pon.


Aku pon taktau macam mana nak start ni.hehe.Tadi keluar dengan pidot.macam siot je.haritu janji kemain ramai last last tinggai aku dengan pidot.Tu pon dok pikiaq patratusnampuluhjuta kali nak p ka dak kat pidot.tapi kalau tak pi kesian plak kat pidot tak kan nak lepak sorang.so aku p lepak jugak lah dengan pidot.Kami dua ja kot.SWEET sangat.Jalan pon pegangpegang tangan.ok TIPU.Pidot ni dok poli perlis jugak.Poli perlis yang 'best' sangat tu tadak ayaq so hari khamis hari tu kami semua dibolehkan balik sebab dah dua minggu kot tadak ayaq.mandi pon sorang sebaldi ja.Tak puas ok.Hari tu aku p mandi kat Pusat Islam poli,disebabkan aku nak lepas geram aku mandi la lama.Patu tah mamat mana dok mai main suis lampu.sat tutup.sat bukak.aku tau dah,tu tak bukan nak suruh aku mandi cepat cepat la tu.Tapi aku buat tatau je.Hang tunggu jelah orang yang toilet sebelah aku tu keluar.Aku tak puas lagi mandi.Nak berber pon tak sempat lagi.Kalot je mamat tu.mencikk tauu.HAHA


Okay balik pada cerita,haha.Pidot ni rumah dia kat perak so dia tamau balik then dia dok kat kamsis jelah kan.Aku pulak macam biasa lah,tiap tiap minggu pon balik.Minggu ada gotong royong yang tak boleh balik pon aku lari balik jugak.HAHA.Sebab pidot ada motor kat kamsis tu so kami semua plan la nak lepak alor star hari ni,SABTU.Tapi tah semua macam malas pulakk.so aku dengan pidot jelah.Lepak alor star mall satt,jalan jalan dalam tu jumpak cik artis alor star,cik izzati dengan kawan dia.Sembang sembang kat tempat makan apa tah nama kedai tu.Lepas habis je izzati dengan kawan dia makan depa kata nak beli barang sat so kami malas nak ikot sebab pompuan macam biasa lah.belek barang tu dua tiga kali,hm tak elok,patu jalan depan,tengok yang kualiti sikit patu mahal pulak last last amik yang awai tadi jugak.Kan?pompuan memang macam tu kan?baik mengaku cepat.HAHA



So lepas tu tengok wayang,cerita koreaa tu.Awai tu kami dua ingat cerita cina so masok jelah.Masok je dalam bila dah play HAHA cerita korea tu siot dah la aku tengok dengan pidot.HAHA aku abaq la kat pidot,weh sweet gilakan kita ni tengok cita korea berdua dengan popcorn bagai.HAHA gamat wayang tu kami dok gelak.Nasib tak de orang sangat.Seat sebelah aku tu ahmoi.Phewittt.tapi balak dia dok sebelah.Waklu betoi.Kacau line ja.hahaa.Ouuhh haa kami tengok cerita The Tower kot kalau tak silap.Aku rasa best jugak kot sebab dalam serius ada lawak.So masa kita tengah serius tengok part yang perlu dahi kita berkerut tiba tiba ada lawak.hahaa



Tapi dekat nak ending tu sedih la weh.Lagi sedih bila aku dengar ada awek awek belakang aku ni mula nangis.Adehh ni rimas ni.Aku ni pulak jenis tak boleh tengok dengan dengaq cik awek awek menangis..Rasa nak nangis sama.Bukan sebab filem tu tapi sebab dengar cik awek menangis.HAHA.Sebab tu aku cukup tak suka kalau nampak orang dok nangis depan aku tak kira la laki ka pompuan sebab automatik aku pon jadi sedih sama walaupun aku taktau pon kenapa orang tu menangis.huuu.so kalau nak nangis pergi nangis jauh dari aku lah.Rugi aku bayar rm12 tapi tak sempat nak mengfeeling ending cerita tu sebab dok cover mata aku jangan bagi nangis sama dengan cik awek mana tah dok nangis tu.HAHA rugirugi.Ehem tapi pidot pon time part sedih ni dia diam ja,,tah diaaa paa yang menangis.HAHAHA


Habis cerita dalam pukoi 7.40 camtu kot,so ajak pidot balik rumah aku dulu sebab mahgrib dah nak abeh  tak sedap plak lepak luar sebab solat pon dak g.nasib rumah aku dekat ja dgn alor star mall tu.So dekat koi 9 cmtu keluar plak.hehe.So sangat busy hari ni.haa pagi tu p main badminton dengan geng pra u.HAHA rindu kat geng tu.



Eh lupa plak.Minggu depan geng pra u tu ada pilihanraya untuk MPP.Wan si apek tu masok calon Presiden la.HAHA.Cik azeeraaaa tu plak tercalon untuk AJK.haha.kalau aku dok form 6 memang aku pangkah azeera tu la jadi AJK untuk wan si apek.haha.tapi apa dia punya manifesto pon aku taktau.hahaa.Kalau boleh nak ja aku bagi semua budak budak kelas C jadi MPP baru nampak kita ni gila kuasa sikit kan.HAHA.Nazaaa pon dah pakai baju pengawas tahun ni.Nampak lain ah.phewittt.HAHA.Kelas C tu aku rasa laki yang jadi pengawas pon naufal jaa kott.HAHA kesian naufal kalau nak bertugas kena p sorang sorang lahh.Tapi aku rasa mesti dia tak p punya bertugas.kan?HAHA


Alahai esok dah nak kena balik poli.Hm malas lah aku dengan air pon takde patu line fon sat ada sat hilang,wifi pon xde line.Dok situ macam dok bawah tempurung.Serius tak tipu.Dah macam terpisah dengan dunia luarr..wuwuwu dah panjang ni.


SELAMAT MALAM 
ASSALAMMUALAIKUM =))

Search This Blog