11/05/2013

TIPS UNTUK CALON SPM

ASSALAMMUALAIKUM



Okay entri kali ini khas untuk adik adik tersayang yang masih bersekolah dan bakal menduduki peperiksaan SPM pada esok harinya.Sini abang nak bagi sedikit tips untuk adik adik bagi menghadapi spm setelah penat belajar dari tahun lepas lagi.Terasa tua sebentar.haha

Tips yang pertama

SEDIAKAN SEMUA PERALATAN PEPERIKSAAN

Pastikan slip peperiksaan , ic dan semua alat tulis diletakkan dalam beg siap siap. In case kalau terjaga lambat takde lah hang kelam kabut nak cari sana sini dan kalau nasib malang lagi tertinggal pula slip peperiksaan dan alat tulis,sampai sekolah hang jadi tak aman sebab nak kena isi borang pengesahan dan pinjam alat tulis dari kawan.Tak pasal je sehari exam tu rasa macam hancur ja.So nak elakan benda ini make sure semua peralatan dah standy by dalam beg

TIDUR AWAL

Tidur awal sedikit pada malam sebelum exam. Badan adik adik perlukan rehat yang secukupnya.Eh jap,otak adik adik pon perlukan rehat setelah penat belajar. Nak study banyak banyak pon dah tak guna sebab dah last minit.so tutup lampu dan tidur,esok pergi exam bawak je segala ilmu yang dah belajar selama ini.

BANGUN AWAL

Kalau tidur awal bangunnya pon kenalah awal.hehe. Sebab bila kita bangun awal secara automatiknya kita jadi lebih bersedia dan yakin pada diri kita. Kalau dah bangun awal tuh bagi yang ISLAM eloklah berdoa banyak sikit.mohon dipermudahkan segala urusan kita.Gunakan tagline liverpool.'You never walk alone' because ALLAH always with us.hehe

SARAPAN

Dah elok bangun awal tu lepas siap semua haa jangan lupa pula untuk bersarapan.Sarapan sangat penting untuk adik adik yang nak jawab exam sebab time dalam dewan tu otak adik adik berkerja dengan keras so peranan sarapan nak supply kan tenaga supaya adik adik tak letih dari segi mental dan fizikal. Tapi sarapan tu jangan tibai chicken chop , nasi lemak lapan bungkus.sat g hang yang bungkus oh adik adik.haha

DATANG AWAL

Banyak pula yang awalnya.hehe.Datang awal ke sekolah. Tapi jangan lah pula datang terlalu awal nanti hang yang rasa tak senang duduk bila dok tengok dewan peperiksaan. Bila datang awal ke sekolah tu sempat lah nak adik adik nak baca baca balik short note yang dah adik adik buat tu. Seeloknya adik adik baca bersendirian jangan gatal nak buat discussion time tu risau kawan kawan nak pedejal dia bukak topik baru yang adik adik tak tahu. Dari adik adik ingat sikit nak jawab exam terus tak ingat langsung.kan dah susah kan dah gelabah

MOHON BANTUAN

Mohon bantuan disini bukanlah adik adik membawa masuk toyol tapi dengan mohon bantuan dari ALLAH.Sebelum nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan tu mohon lah bantuan dari ALLAH,dan jangan lupa,langkah dengan kaki kanan. Semasa nak menjawab peperiksaan tu berdoalah sekali lagi.ALLAH suka kalau kita banyak berdoa.

JANGAN GATAL

Dah habis jawab satu paper tuh haa adik adik jangan gatal nak check jawapan dengan kawan kawan lain.Nanti bila tengok kawan kawan lain tanda jawapan tak sama dengan kita automatiknya adik adik akan fikir macam macam dan otak jadi down. So habis ja jawab tu simpan kertas ,tawakal dan berdoa.


Maka tamatlah tips dari abang untuk adik adik sekalian.Semoga adik adik dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Ingat adik adik dah banyak study so mesti dah banyak bekalan untuk jawab exam kan. Jangan cemas kalau tak tahu jawapan tapi adik adik jawablah soalan lain dahulu lepas siap semua baru adik adik jawab balik soalan tadi insyallah soalan tadi adik adik akan dapat jawab jugak

Satu lagi kalau ada gap hari peperiksaan gunalah masa tu untuk cover balik topik topik yang adik adik rasa susah atau belum kuasai sepenuhnya.kalau adik adik ada buat short note kan haa kepit ja dengan note tu 24jam barulah ingat selalu.hehe

Opss satu lagi tertinggal,sebelum nak keluar rumah tuh jangan lupa cium tangan ibu dan bapa adik adik. Minta maaf dengan depa kalau kita ada buat salah dengan depa baru berkat.Dan minta ibu bapa adik adik doakan kejayaan adik adik. Ingat doa ibu bapa sangat berkesan.


Itu saja tips dari abang untuk adik adik. Semoga berjaya untuk adik sendiri di rumah dan untuk calon spm 2013 serta blogger dan juga chef wanie.

**abang sangatt.khonnnn

Entri tanpa gambar

No comments:

Search This Blog