12/23/2013

SANGAT SANGAT SANGAT BUSY

ASSALAMMUALAIKUM



Lepas lama tak taip haa tudia ni baru dan nak taip balik sebab busy sangat sangat sangat la ni.Hm busy ka malas?kalau dah malas jangan dok bagi alasan macam macam lah dey cha.maa cha
Sekarang ni sem break.cuti seminggu okay.diulang.cuti seminggu.tapi kerja yang dapat macam cuti patratusnampulohjutahari.haih nasib badan lah


Okaylah nak cerita sikit ja xbanyak pasai event kali ni.Sangat penat okay.Aku dapat jawatan Head Of Food and Beverage hm sumpah aku tak mau langsung jawatan ni tapi kenapalah jemah calonkan nama aku then aku terpilih plak.Hm tapi dah dapat kepercayaan kenalah galas tanggungjawab walaupun bukan secara sukarela.haha


Sebenarnya event ni adalah event dinner untuk budak budak sem 6.Event ni buat hujung bulan 2 nanti tapi lecturer sangatlah kalot dok kejan suruh buat budget padahal benda macam meja siapa vip dan bilangan student pon tak confirm.Oh sangatlah menyerabutkan kepala hotak aku ni



Haa nampak sampai bercontiang habis kertas tu sebab serabut buat anggaran untuk dinner tu.Sangatt lah pening sampai rasa macam tak mau jadi ketua tapi tapi nanti mesti markah kena tolak tolak tolak kalau tolak jawatan ketua tu.Ah serabut. Sebenaqnya best buat event tapi penat sebelum nak buat event tu lah.Nak kena perah otak planning benda ni sampai jadi nyata.Tambah pulak lecturer asyik pressure setiap hari jadi lagi seteqehh.Pening pening.Kadang kadang sebab event ni kawan kawan pon boleh jadi lawan sebab tak sependapat.Tapi sebab dah ada experience handle event rasa rasanya setiap orang pon dh jadi pro kan untuk settlekan masalah kerja dengan peribadi ni.Masalah kerja habis kelas ja dah stop,jangan bawak sampai ke kolej kediaman,kalau idop dok bergaduh macam tu lah sebab event ni.




Dah hal event satu pasai,kemudian ditambah plak dengan assignment dari Puan Intan yang amat disayangi dan dicintai bagi assigment macam dia sorang je ajar dalam kelas tu.Haih.Terima kasih banyaklah Puan Intan sebab dah berjaya menghabiskan masa lapang dengan perkara yang berfaedah iaitu menyiapkan assigment anda.Dah Puan Intan satu hal,ni ni En Zamri ni pulak bagi task apa ni kena kaji struktur binaan arab.Ah sudah nak kaji tu ingat arab dengan kedah ni macam sekangkang kera kot.Eh kera tolong kankang sat nak tengok jauh mana.HAHAHAHA



Yang menambahkan lagi kekusutan aku ni haa nak cari tempat Latihan Industri sem depan.Hm aku ingat nak minta kat Astro atau mediaprima ja,tapi tapi tapi aku tak tahu nak contact bahagian mana untuk minta kebenaran nak LI kat tempat depa.Dah la En Faizal suruh confirmkan masa semester break.ALLAH banyaknya kerja yang perlu aku selesaikan minggu ni.Mohon beri bantuan kepada hambamu ni yang teramatlah kerdil.Haih lemahnya aku ni baru bagi kerja sikit ni ja dah nak merungut bagai.hm hm

Eh kerja aku tak habis setakat ni ja.hahahaha. Ada lagi. Public speaking kot lepas cuti ni. Lepas tu kena present untuk kelas Puan intan kemudian presentation untuk kelas Cik Siti


Astagfirullahaladzimmm.semput nak kejar semua ni dalam masa seminggu.minggu yang amat mencabar. Jangan mengeluh okay tapi kena kuat untuk hadapi benda ni.Inshaallah kita boleh =))


Jangan negatif sangat.Nak jadi orang yang berjaya kenalah rajin kan.Rajin semua aspek

No comments:

Search This Blog