8/21/2014

7/11/2014

assalamualaikum

aku post guna phone cekodok ni ja so susah sikit nak centrekan salam pastu biar jelah camtu . haha

entri ni memang ringkas . ringkas lagi dari entri kontot sebelum sebelum ni . 7/11/2014 tu bukan anniversarry date ke apa ka tapi tu tarikh tamat praktikal . serius aku dah penat dah nak praktikal . macam macam jenis orang ada . buat aku serabut . bos pulak asyik bagi kerja duit elaun nya tak bagi . dah la pemalas hari hari tak masuk kerja . dah tu membuta kat rumah . kesian si driver lori hari hari mai kerja lambat sebab bos kunci pintu pagar rumah then tak nak bangun pastu susah si pakcik tu nak ambil kunci lori kat rumah bos . apa bangang sangat si bos ni . geram jugak aku .

cepatlah bulan 11 . tak larat dah hari hari nak masuk kerja koi 8.30 baliknya koi 5.30 . kadang terpaksa balik koi 3pagi . hm dah la tak bagi elaun . dah macam hamba dah aku ni .

hmm tapi kan tak baik mengeluh . aku bukan mengeluh lah wak danok . aku cuma meluahkan rasa hati .kehkehkeh

siapa orang sungai petani jom lepak . sumpah aku bosan dok sini sorang sorang ='(

bye

8/06/2014

PRAKTIKAL PART 2

ASSALAMUALAIKUM


Okay lama gila tak update . Hari ni baru ada masa . Erk sebelum ni tadak masa ke macam ni ? Sebelum ni ada masa tapi malas nak update . Bila ada idea dengan rajin menaip hah masa pulak tadak . Ni pon aku online dekat cyber cafe ja . Rumah aku dok kat Sg Petani tadak internet , wifi , dan seangkatan dengannya sebab tu aku dah tak boleh nak update . Kalau update pon kena p cc mcm sekarang ni haa . Tapi cc pon meja bergoyang . Nak taip pon susah . Haih cilake apa tuan punya cc ni . Upgrade lah sikit . HAHA


Lupakan pasai si gay yang pernah aku ceritakan hari tu . Sebab aku tak jadi pon buat praktikal dekat tempat dia . Pasai report polis tu pon atas nasihat mak ayah aku tak jadi nak buat report polis . Tapi kedai urut yang ada gro dia bukak tu memang aku dah tau yang mana satu . Aku usha kecik besar besar kuman ja kedai tu . Panas hati pulak aku tengok kedai mat lembut tu . 


La ni aku dah dapat tempat praktikal baru . Tapi jauh banyak lah jugak dari rumah . Aku dapat kat Sg Petani . Madetill Event Management Kedah . Alah nak cari kedai ni senang ja . Exit highway sg petani utara then di traffic light ambil kanan . Lepas Petron sikit haa situ lah tempat praktikal aku . Praktikal kat sini hm bosan sikit lah . Bosan banyak jugak sebenarnya .Tapi dok kat sini banyak jugaklah kerja yang kena buat . Tapi paling aku tak suka kena kira stock . Allah . Penatnya nak kira stock . Kena kira satu persatu . Kadang aku rasa macam nak ketuk ja kepala bos . Selalu orang kira stock hujung tahun . Apa bendalah kira awal sangat . Ni kalau bos baca mati aku . kehkehkeh


Okaylah sampai sini dulu . Tak selesa pulak aku nak update kat cc ni . Jom ciao dulu 

7/20/2014

SAMAN

ASSALAMUALAIKUM



Haa lama kemain tak update . Dah tu mai mai nak saman . Cuba la bawak mengucap . Pasai apa ni nak saman saman . Cuba cerita sikit Wak Danok oi . Ni Wak Danok nak cerita la ni . Hang kalot semacam pasaipa . Wak tampaq hang sat g berteraboq kot gigi . kehkehkeh ganas pulak Wak Danok ni sekali aku yang tampaq pulak baru hang tauu Wak Danok oi . Mai buat garang boleh dekat entri aku . HAHA


Maka berceritalah Wak Danok ni kepada rakyatnya .............................................


Hari tu Wak ada join satu segmen . Kamu semua ingat dak? Alah segmen kad raya tu . Kemain Wak buat entri hari tu . Tak kan tak ingat ? Kang Wak kasi penampo buaya kang baru berakai kamu semua . Cepat ingat . Begini cerita dia . Masa Wak join segmen Wak dapat no 8 . Apa lagi Wak terus ke random.org memandangkan pemenang dipilih mengunakan benda alah tu . Wak pon mengetest samaada no8 tu memang bertuah . Banyak kali Wak cuba memang ternyata no 8 tu sangat bertuah sebab berulang kali naik no 8 . Wak tersenyum riang


Dalam hati Wak yakin mesti wak dapat punyalah kad raya tu sambil tersenyum sinis Wak membayangkan muka muka peserta segmen tu yang hampa bila tak dapat kad raya tersebut . Wak membayangkan setiap hari bahkan setiap malam muka peserta yang kecewa nanti . Sekali lagi Wak tersenyum sinis . Senyuman Wak masa tu umpama senyuman bawang merah alah si Nia Ramadhani dalam sinetron bawang merah bawang putih tu . Tipu lah kalau tak tengok indon beratus episod tu . Kemain femes orang dok maki hamun si bawang merah dengan mak dia tu . Jangan lupa nenek dia pon jahat . Tak padan dengan tua krepot . Menyampah . kehkehkeh


Cukup 18/07/2014 pemenang segmen tu diumumkan . Apa lagi Wak terjah masuk terus lah belog beliau sebab nak claim hadiah tersebut . Wak tengok senarai nama pemenang tu . Dari atas sampai bawah Wak scroll . Wak mencari cari dimana no Wak . Wak yakin mesti ada kesilapan berlaku ni . Macam manalah no Wak tak naik ni . Penat je tau Wak membayangkan muka peserta lain tapi tak disangka akhirnya Wak yang kecewa . Wak frust sehingga tak mampu menaip . Akhirnya setelah dua hari berlalu Wak cekalkan hati menjadi setabah si bawang putih melawan si bawang merah bagi mendapatkan cinta si Ferdy . Kononnya lagi hensem dari Wak lah time tu . Muka ikat bata ada hati nak lawan muka dengan Wak . Ah meluatnya .


Disebabkan peristiwa itu , Wak mengambil keputusan untuk memfailkan satu tuntutan saman malu kerana random.org tidak memilih no 8 Wak tu . Sangup random.org memainkan hati dan perasaan Wak sehinga Wak terkulai kaku bagai cendawan yang digoreng hangit dibiarkan dalam tong sampah . Hendak dimakan tidak sedap , diberi kucing kucing pon tak berselera . Apa kaitannya ? kahkahkah


Sebab tu ja Wak Danok nak menyaman ? Huk aloh Wak Danok . Dah bukan rezeki nak buat macam mana . Tu lah over confident kan dah makan diri . Padan muka Wak . Kesian Wak Danok . Apa kata kita buat macam ni . Bertukar kad raya . Kau kirim aku kad raya aku kirim balik kad raya kat kau .


Ah tak  payah lah kad raya raya bagai . Posmen pon nak cuti jugak . Kesian abam posmen tau . Sent jelah ikot wasep ka wechat ke . Kan senang . Posmen pon boleh bercuti dengan senanglenangnya . Sekali sekala bagi la abam posmen rehat sama . 


Maaflah lama tak melawat belog geng blogger kita . Busy sikit . Biasalah rakyat biasa perlu bekerja keras untuk terus hidup . Lain lah orang orang yang diatas . hehe

Sekian dulu hari ini. 



7/15/2014

BUSY

ASSALAMUALAIKUM



Haa baru sekarang ni ada masa sikit nak bernafas dari buat kerja kerja dunia . Allah . Busy betoi aku . Kadang sempat la jugak curi masa sat nak tengok blogger tu pon sempat la nak approve komen . Nak balas kunjungan tu haa tak sempat lagi . Tolong jangan cop aku sombong ya . Ada masa nanti mesti jangan cakap aku balas kunjungan  . Aku siap komen lagi entri hangpa semua . Cuma kalau macam entri tu aku taktau nak komen apa walaupun baca dah 10 kali aku tinggal jejak jelah ye kawan kawan semua yang comel cantik hensem dan sado . Haha


Kekadang aku terfikir tadak ka orang yang sanggup buat group wasep untuk geng geng blogger ni haa.Kalau busy sampai tak sempat update pon at least orang kampung aku cakap boleh keep in touch antara blogger dengan blogger lain . Boleh jugak menyembang kot wasep tu . Boleh eratkan silaturahim . Kalau blogger tu tinggal berdekatan boleh la jugak lepak sekali .Kan best macam tu . Baru  gempak . Baru betoi betoi geng kan . Macam mana ? setuju nak buat group whatsapp? mohon lantik admin sorang . hehe


Maaflah cuma entri kontot . Ada masa update lagi . Sekian





7/12/2014

Segmen : Kad Raya By Mouth and Foot .

Memandangkan trauma dinodai gay belum hilang , tambah pulak idea bertempiaran lari takutkan si gay so hari ni aku join satu segmen . Senang sikit kerja . Tak payah aku nak pecah kepala fikir nak up entri malam ni . Just copy paste then siap satu entri . Jimat masa . Nasib baik dapat pulak hadiah . keh keh keh


Segmen ni aku jumpak masa tengah blogwalking kat blog Masam Manis Kehidupan . Syarat segmen ni pon tak susah . Cuma aku kantoi dekat part twitter . Biasalah orang kampung . Mana pandai nak main burung biru tu kan . hehe . Ah tak kisahlah pemenang dipilih secara random ke idok . Yang penting aku nak jugak . Tak dapat kad raya tu aku qeyau woi . Haha


|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , dengan lafaz Bismillah , wani memulakan segmen ini . Ini merupakan segmen pertama dalam blog wani .


 . InshaaAllah , tamat pada 18hb Julai 2014 ( 20 Ramadhan 1435 )
 . Seramai 16 orang akan menerima kad ini .
 . Pemenang di pilih secara random.org .
 . Semoga segmen ini berhasil dan May Allah Bless You (:

|| Nota Pintu ||
Nak tahu kenapa nama segmen wani By Mouth & Foot ? Sebab kad raya yang bakal wani bagi ini , dari Orang Kurang Upaya yang melukis kad raya ini dengan menggunkan mulut dan kaki . Memang family wani tiap-tiap tahun akan terima kad raya dan perlu bayar kepada persatuan mereka .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Meh ramai ramai kita join segmen ni . Zaman sekarang bukan senang ye dok nak dapat kad raya ni . Semua wish selamat hari raya guna facebook je . Letak gambar diri sendiri satu kononnya habis cute kemudian buat ayat saya memohon maaf sekiranya ada salah silap antara kita . Selamat hari raya maaf zahir batin . Lepas tu tag habis semua kawan . Keh Keh Keh


Sekian

7/11/2014

PENGALAMAN BARU

ASSALAMUALAIKUM



Lepas up satu entri pasai hilang haa aku pulak yang hilang . Hilang idea . Hilang semangat nak type . Hilang semuanya . Nasib otak tak hilang cuma isi dalam ja hilang . Kosong otak aku sekarang kosong . 


Malam ni aku dapat satu pengalaman baru . Pengalaman yang tak mungkin aku dapat kat mana mana tempat . Nak kata pengalaman ngeri mungkin jugak lah . Benda ni boleh dikatakan kesinambungan dari kes praktikal jugak lah ni


Disebabkan aku mohon pertukaran tempat praktikal dan dah diluluskan pon so kena lah cari tempat praktikal baru . Aku dapat satu tempat di UTC Aloq Staq tercinta ni . So call manager situ dia cakap terima budak praktikal empat orang . Geng aku pon ada sorang nak tukar tempat then dia cakap nak masuk situ jugak . Aku pon ok lah ada geng kan tadak lah nak bosan sangat sorang sorang


Setelah berhari hari call hari ni baru dapat jumpak bos . Tu pon banyak sangat dugaan . Awal tu bos cakap nak jumpak 2.30 petang . Lepas tu 5 petang then malam pulak . Dua kali aku berulang alik ke office dia tapi hampa . Kali ketiga haa baru dapat jumpak dia . Tu pon kat rumah dia .


Dalam 9.30 malam aku dapat call dari bos cakap jumpak dekat rumah dia ja . Aku ok je . So terus gerak rumah bos . Puas jugak la cari pastu baru jumpak . Bos ni nampak kurus pulak dalam gambar facebook nampak gemuk semacam . Hahaha . Aku pon langkah kaki masuk rumah lepas dia jemput . So start sembang pasal praktikal . Lepas 10 minit sembang pasal praktikal bos buat air kopi kuat apa benda entah . Haish aku dah start rasa lain . Dia suruh aku try minum . Memang tak lah aku nak minum .Lepas tu dia sambung sembang pasai praktikal . 


Seminit kemudian dia bangun lepas tu tutup lampu ruang tamu then buka lampu yang belah dapur so suasana sedikit romantik ye anak anak . Aku bertambah pelik la dengan perangai bos ni . Lepas tutup lampu dia mula cerita lagi mendalam . Bukan cerita pasal praktikal dah tapi dah mula kelaut . Macam macam dia cerita . Dia cerita pasal kehidupan dia start dari landasan keretapi . Bila sebut pasai railway automatik aku dah tau yang dia ni bapok . Kemudian dia mula cerita bab seks . ALLAH . Geli geleman aku dengar kisah dia


Kemudian dia tanya aku 
' Pernah main perempuan dak? ' aku cakap la tak pernah main sebab haram semua tu bla bla bla 

' Ish ruginya tak pernah main perempuan , tak kan tak pernah pegang ? sentuh sikit sikit ka ? '

Aku dah mula rasa lain dah dengan bos ni . Aku geleng kepala jelah malas nak layan . Kemudian dia offer aku gro thailand dan filipina . Percuma okay dia nak bagi kat aku . Gila ka apa bos ni . Dia cakap kedai urut dia siap sebelum raya so raya pertama dah boleh beroperasi kalau nak rasa perempuan boleh lah p kedai dia . Dia cakap gro dah sampai cuma kedai ja tak siap lagi . 


Kemudian dia cerita lagi pasal seks semua benda lepas tu tangan dia mula nak pegang . errk pegang. Malu nak habaq pon . Haish aku tolak tangan dia pastu aku berdiri lah . Kalau aku duduk buat dia terkam aku tak ka naya . Dah la dia minum kopi kuat . Jenoh aku . HAHAHA . So aku cakap nak balik dulu sebab dah lewat ni . Kemudian dia mai dekat aku , dia cakap nak balik kena bagi pegang dulu . Haish budak gay ni sat g aku terajang jugak . Kata dalam hati jelah . Tapi memang otak dengan hati saling berhubung seperti susu enfagrow dah suruh terajang budak gay tu tapi akal pulak jadi pemisah suruh tolak dia ja. Lepas aku tolak budak gay tu memang aku ciao terus . Start kereta terus balik . 


Haa tak sangka aku boleh dapat pengalaman macam ni hari ni . Nasib lah aku ni lelaki tulen yang dia tu pulak terlebih hormon perempuan . Kalau tak naya ja aku jadi mangsa liwat dia . HAHA . Hang tunggu hari raya , aku akan pastikan kedai hang yang baru bukak tu kena serbu . Tu janji aku

Maaf tak sempat nak singgah dan komen entri geng geng blogger . Inshaallah lepas sahur baru sambung aktiviti merempit di blog geng geng sekalian . HEHE


                                                             ***PLEASE PRAY FOR GAZA****


Sekian dulu hari ni .


7/09/2014

HILANG

ASSALAMUALAIKUM



Memandangkan hari ni ada banyak masa so aku nak update sikit pasai hilang . Apa yang hilang ? MH370 ? Ya memang MH370 hilang sampai sekarang tapi bukan tu yang aku nak update . Bukan juga pasai hilang lagu si Najwa Latif tu . Tapi ke mana menghilangnya blogger sezaman dengan aku dulu .



Banyak geng blogger aku sekarang dah menghilang . Last update blog pon 2 tahun lepas . Mungkin ramai yang dah berkahwin kot . Sebab tu terus menghilang dari dunia blog ini . Mungkin ramai jugak yang dah kerja so komitmen cuma untuk kerjaya bukan blog lagi dah . Aku sendiri pon pernah tinggal belog dalam masa yang lama . Bukan sebab merajuk tak ada orang baca belog ni tapi aku MALAS . Malas nak habiskan masa update entri lepas tu blogwalking ke blog geng yang lain walaupun sebenarnya aku minat sangat nak buat semua tu . 


Lepas dah lama aku tinggal blog , tetiba rasa macam nak update pulak . So aku start menaip balik . Aku ubah semuanya termasuk lah url blog . Masa awai aku start blogging url belog ni http://budakmengong.blogspot.com  . Lepas tu aku tukar url disebabkan nak bagi nafas baru. Kononnya lah . Sebab lepas tukar url tu sempat lah up dua tiga entri lepas tu macam biasa aku menyepikan diri. Hangat hangat tahi kuda . Kehkehkeh


Kalau dulu aku suka masuk blog biskut sarkas page sebab cara penulisan dia sangat santai kemudian lawak . Gelak guling guling aku setiap kali baca blog tu . Masa tu memang aku ni silent reader tegar blog dia la . Setiap kali dia update mesti aku akan baca tapi tak pernah komen . Silent reader lah katakan . Sehari tu boleh kata dua tiga kali juga la aku masuk blog dia sebab takut terlepas entri baru . Haa kemain tu. HAHA

Haa kan . Last update pon dua tahun lepas . Blog dia pon dah tak wujud . Mungkin sebab domain dah mati .


Banyak lagi blog aku rajin masuk dulu tapi la ni dah tak aktif . Nak cerita satu persatu sampai raya pon tak habis . Haha melampau betoii 

Okaylah sampai sini dulu update . Inshaallah malam ni kalau ada masa sikit update lagi noh . Relax la kalut nak p mana aih . Bukan hangpa nak baca sangat pon . HA HA HA








BEST KE PRAKTIKAL?

ASSALAMUALAIKUM



Sebenarnya dah berhari dan bermingu dah aku cakap nak cerita pasal praktikal . Cuma tak sempat . Kadang bukan tak sempat sangat pon cuma aku malas =.= hahaha


Hm pengalaman hari pertama aku berpraktikal . Best ke praktikal ni ? Ni la persoalan yang lama sangat dah dok dalam kepala aku . Yelah sebelum ni dengar cerita dari senior yang pergi praktikal kat i-city. Kononnya macam gempak lah sangatkan praktikal kat i-city tu lain dari yang lain. Last last memang lain dari orang lain lah hang tu sebab setiap hari cuma dapat kerja jaga parking . HAHAHAHA 


Okay berbalik ke hari pertama aku jadi budak praktikal .Sehari sebelum start praktikal tu aku mesej bos .
' Salam bos , esok pukoi berapa sy kena lapor diri ? ' Ringkas dan padat . Sejam kemudian bos reply
' Jam 9 . '   Ah bos ni reply lagi ringkas dari aku. Ingatkan aku ni raja malas nak menaip mesej dah rupanya bos lagi terok , Maharaja terus . Reply secoet . Dah la reply pon lambat . Bersangka baik , bos ada banyak kerja . Bininya lagi nak dikerjakan. Opps. Keh Keh Keh


23/06/2014 aku start berpraktikal . So malam tu aku tidur awai . Terpaksa lah korbankan world cup. Biasalah hari pertama nak praktikalkan takut terlambat . Baru lagi kena jadi baik sikit . Cakap lemah lembut mata tengok bawah bila cakap tangan dipeha kaki kepit. hahaha

Selesai subuh terus aku iron baju. Haa awai tu . Kemain semangat . Kalau kat poli kelas lagi 10minit time tu lah nak iron baju pon . Okay siap semua dalam lapan 8.30 pagi tu aku dah gerak dari rumah . 8.38 dah sampai dah tempat praktikal . Tapi aku lepak dalam kereta dulu malas nak turun lagi . Layan lagu dulu . Biasa lah tempat praktikal dekat dengan rumah bila keluar awai sangat ni lah jadinya . 
8.50 baru aku ke kedai tu . Time aku sampai kedai tu ada sorang kak ni tengah sapu sampah . Pekerja situ lah . Dia tengok aku pelik ja . Mungkin ingat aku salesman kot. HAHAHA

' Assalammualaikum kak , saya Harith Syahmi student poli perlis . Hari tu saya minta untuk buat praktikal kat sini . Hari ni saya kena lapor diri . Bos ada dak kak ? '

' Waalaikumusalam . Bos tak mai lagi . Selalunya tengahari sikit baru bos mai . P la duduk dalam dulu kak nak sapu sampah sikit ni . Sat g kita sembang . ' 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari tu bos mai . Bos suruh masuk dalam office dia . Standard hari pertama lah perkenalkan diri dulu kemudian cakap kemahiran apa yang aku ada . Subjek apa aku belajar masa kat poli . Lepas tu bos bagi aku tugas . Task yang sangat senang . Create page facebook untuk kedai tu. Dia bagi aku kerja tu ja . Dari tengahari sampailah ke petang aku dok hadap benda tu ja . Mungkin bos ingat nak buat page tu ambil masa sehari kot . Padahal lima minit je dah siap . Yang lain aku chat dengan membe lain lah. Kesian disebabkan aku bosan yang teramat sangat so aku chat ja dengan membe yang online . Tak cukup chat kat facebook kacau membe dekat whatsapp pulak . Apa lagi luahkan perasaan lah. Ayat bosan tu memang ayat wajib . Yang kena whatsapp dengan aku tu terima kasih lah sebab sudi mendengar luahan hati. HAHAHA


Lepas bagi tugas tu bos terus balik tak masuk office dah . Mati kutu jugak lah aku dok situ . Nasib lah masa dalam office bos tu lagi aku dah tanya boleh balik pukoi berapa . Kalau aku tak tanya cerita dia duduk situ sampai kedai tutup jam 10 malam lah . Masa aku tengah online tu masuk seorang perempuan ataupun gadis sebab nak solat . Nak ke surau kena lalu bilik aku duduk tu dulu. Aku pon senyummlah . Tak senyum di cop sombong pulak kan. Dia senyum kat aku balik . Manis sangat senyum . Lemah jantung tengok dia senyum . Ha Ha Ha

Aku syak perempuan comel tu mesti tua lagi dari aku sebab nak kerja pharmacy bukan boleh ambil budak ikot suka hati kan. Buat silap bagi kuat kat orang ,tak ka naya . Lepas selesai solat dia keluar dari surau tu . Sekali lagi aku senyum kat dia . Kemudian dia tanya aku , 'umoq berapa ? '
So aku cakap lah 20 .

Pastu dia cakap umur dia baru 19. Tengah tunggu nak masuk degree katannya . Budak pandai rupanya patut boleh kerja kat pharmacy . Aku ni umur 20 pon tak habis lagi study . 

Ah panjang sangat ni so aku simpulkan teruslah. Malas dah menaip panjang sangat . 
Okaylah hari pertama praktikal not bad seronok la jugak sebab dapat kawan baru . Tapi sejujurnya lah memang bosan . Bosan sangat . Aku jeles pulak dengan budak kelas lain yang praktikal kat tempat sama . Ada geng so tak bosan sangat . Menyesal jugak lah aku pilih tempat praktikal yang dekat dengan rumah tapi kebosanan . 

KALI KEDUA

ASSALAMUALAIKUM



Okay entry kontot. Mata pon dah kuyu . Sahur pon dah nak dekat . Tapi sebelum sahur tengok semi final world cup dulu antara Brazil vs Germany . Game best . Aku rasa Germany menang game ni and final pulak Netherland vs Germany . Semestinya aku support Netherland . hehe


Okaylah nama pon entry kontot so tak payah nak merapu banyak sangat. Hari ni follower belog aku dah cecah angka 200 buat kali kedua . Dulu pon dah 206 follower camtu tapi entah kemana lapan orang blogger tu hilang sampai follower belog aku tinggal 198 je. Sayu sat . Tapi jumlah follower tu bukanlah isu utama . Bukannya aku ligan populariti pon . Kehkehkeh. 

Aku buat blog ni pon saja ja minat nak menaip walaupun agak merapu dan kelaut . Tak pasang pon niat nak jadi sehebat Ben Ashaari , Hanis Zalikha . Yuyu Zulaikha , semuanyalah yang femes femes tu . Tapi kalau jadi macam depa pon apa salahnyakan. hehehe

Jom usha follower yang ke 200 kali kedua ni .


Haa nampak tak jejak beliau . Follower yang ke 200 tu . Hehe bangga sat blog semak geli bulu ketiak macam ni pon ada orang nak follow. Terima kasih cikdelima dan semua follower lain sebab dah follow blog yang langsung tak berilmiah macam ni . Mohon jangan ada yang unfollow pulak lepas entry ni . Cek cekek lehiaq hang kot sat g . HAHAHA

Okaylah selamat malam semua .

7/07/2014

MUSAFIR CINTA

ASSALAMMUALAIKUM



Entri kali ni cuma nak highlightkan hasil kerja student JRKV PTSS. So tak payah nak bebel banyak banyak jom layan filem pendek bertajuk ' Musafir Cinta' . Padat dengan pengajaran dan teladan. 






Dah habis tonton filem pendek ni? haa apa pandangan hangpa mengenai filem pendek ni?ok or tak?hehe

.....

ASSALAMMUALAIKUM



Eh hang ni dah kenapa tajuk hang titik titik ja? Eiiihh la hat ni pon awat dia kalut sangat tak tau tajuk aku nak titik titik pon. Sebenaqnya aku tak tau nak letak tajuk apa la. HAHAHA 


Banyak benda sangat aku nak cerita especially pasal tempat praktikal or latihan industri. Memang aku nak update pasai hari pertama aku praktikal tapi tak sempat. Sampailah puasa kedua baru aku ada kesempatan nak menaip tapi malang la pulak hari kedua puasa tu handphone aku kena hujan lebat. Habis touch screen rosak habis gambar yang aku tangkap sebagai modai untuk cerita dalam blog hilang. Hilang bersama hati yang luluh melihat handphone cedera parah. Keh Keh Keh


Aku cuma dan buat praktikal kat situ cuma dua minggu sebab dalam masa dua minggu tu jugak aku dah mohon dari pihak poli untuk tukar tempat praktikal. Alasannya? nanti aku cerita kemudian . Tapi aku rasa bersalah jugak la dekat bos sebab dah kecewakan dia. Aku boleh nampak dari muka dia yang kecewa time minta kelulusan untuk tukar tempat. Mungkin dia dah niat nak ajar aku banyak benda cuma tak dak kesempatan lagi. Masa nak berhenti jugak dia suruh aku pergi kedai dia minggu depan untuk ambil elaun tapi tak tergamak aku nak ambil sebab aku dah buat dia kecewa. sedih satt dua tiga das. hehe


Sekarang ni aku kena cari tempat praktikal baru. Kalau ikot kos memanglah area kl banyak sangat company yang sesuai dengan kos aku tapi kena pikiaq jugak kos kos lain. Kos sewa rumah kos transport lagi. Bukan aku nak berkira nak cari ilmu tapi kesian lah mak ayah tambah pulak adik baru masuk unikl pinjaman mara pon tak dapat lagi so banyak duit habis kat adik tak kan aku nak tambah beban mak ayah lagi. Ptptn kan adoo? Aku tak ambil pon ptptn sebab tak layak. Ptptn ni tak adil betoi nak bagi pinjam duit pon nak tengok gaji parents. Haish tu duit parents bukan duit aku. tolonglah paham ptptn pon . Masa sem satu dulu bebai jugak la aku dengan ptptn ni tapi lama lama aku bersyukur sebab lepas habis diploma tak payah kalut pikiaq nak bayar duit ptptn dan. Dan ptptn ni jugak ajar aku erti berjimat cermat. Duit yang mak ayah bagi aku gunakan dengan cermat sampai tahap kedekut.hehe.Alhamdulillah. Nampak tak ada hikmah disebalik semua ni.


So sampai sini dulu la. Nanti ada masa kita cerita lagi. Eh dah berapa hari ni kita puasa? Hah baru sehari? Tu hang sorang ja tu yang baru posa sehari. Keh Keh Keh


6/22/2014

LATIHAN INDUSTRI

ASSALAMMUALAIKUM





Malam ni sibuk buat persiapan untuk latihan industri yang start esok. ALLAH kenapa aku rasa cuak semacam je entah. Rasa macam cuak pulak nak lapor diri esok walaupun sebelum ni kemain tak sabar nak start latihan industri.


Esok lapor diri jam 9 pagi tapi sampai kul berapa pon tak tau lah kena dok situ. Haish jeles pulak dengan member yang lain. Depa start masuk 11 sampai kul 6 petang ja pon yang aku ni masuk kul 9 pagi balik kul berapa pon tak tahu lagi


Yang menambahkan lagi rasa cuak aku ni sebab aku tak dak geng. Aku sorang sorang ja kat situ. Alahai sedih betul. Kalau bosan esok dengan sapalah aku nak sembang. Mati kutu la aku dok kat situ lama lama. 
Aku dah la tak pernah ada pengalaman kerja sebelum ini. Kalau setakat jaga kedai buku tokwan tu biasalah. Kerja kat pasaraya Biliion dulu tu pon sehari je lepas tu aku cabut lari. HAHAHA. 



Ingatkan aku sorang ja rasa cuak rupanya si nad ni pon sama sampai nak demam demam. Padahal hang ada geng kot sampai empat orang pulak tu. Hang ada fizah atul sully dgn si sheila. Hat aku ni patut la jugak rasa cuak sebab sorang sorang. Hang ni memang mengada nad. Balik poli elok tauk buang ja dalam tasik tu. Keh Keh Keh


Okaylah sampai sini dulu. Nak iron baju pulak. Esok update pasal first day buat latihan industri pulak. Hope dipermudahkan segala urusan esok sampai selesai latihan industri ni. 6 bulan kot. Lama tu. 









Search This Blog