6/22/2014

LATIHAN INDUSTRI

ASSALAMMUALAIKUM





Malam ni sibuk buat persiapan untuk latihan industri yang start esok. ALLAH kenapa aku rasa cuak semacam je entah. Rasa macam cuak pulak nak lapor diri esok walaupun sebelum ni kemain tak sabar nak start latihan industri.


Esok lapor diri jam 9 pagi tapi sampai kul berapa pon tak tau lah kena dok situ. Haish jeles pulak dengan member yang lain. Depa start masuk 11 sampai kul 6 petang ja pon yang aku ni masuk kul 9 pagi balik kul berapa pon tak tahu lagi


Yang menambahkan lagi rasa cuak aku ni sebab aku tak dak geng. Aku sorang sorang ja kat situ. Alahai sedih betul. Kalau bosan esok dengan sapalah aku nak sembang. Mati kutu la aku dok kat situ lama lama. 
Aku dah la tak pernah ada pengalaman kerja sebelum ini. Kalau setakat jaga kedai buku tokwan tu biasalah. Kerja kat pasaraya Biliion dulu tu pon sehari je lepas tu aku cabut lari. HAHAHA. 



Ingatkan aku sorang ja rasa cuak rupanya si nad ni pon sama sampai nak demam demam. Padahal hang ada geng kot sampai empat orang pulak tu. Hang ada fizah atul sully dgn si sheila. Hat aku ni patut la jugak rasa cuak sebab sorang sorang. Hang ni memang mengada nad. Balik poli elok tauk buang ja dalam tasik tu. Keh Keh Keh


Okaylah sampai sini dulu. Nak iron baju pulak. Esok update pasal first day buat latihan industri pulak. Hope dipermudahkan segala urusan esok sampai selesai latihan industri ni. 6 bulan kot. Lama tu. 









No comments:

Search This Blog