7/09/2014

BEST KE PRAKTIKAL?

ASSALAMUALAIKUM



Sebenarnya dah berhari dan bermingu dah aku cakap nak cerita pasal praktikal . Cuma tak sempat . Kadang bukan tak sempat sangat pon cuma aku malas =.= hahaha


Hm pengalaman hari pertama aku berpraktikal . Best ke praktikal ni ? Ni la persoalan yang lama sangat dah dok dalam kepala aku . Yelah sebelum ni dengar cerita dari senior yang pergi praktikal kat i-city. Kononnya macam gempak lah sangatkan praktikal kat i-city tu lain dari yang lain. Last last memang lain dari orang lain lah hang tu sebab setiap hari cuma dapat kerja jaga parking . HAHAHAHA 


Okay berbalik ke hari pertama aku jadi budak praktikal .Sehari sebelum start praktikal tu aku mesej bos .
' Salam bos , esok pukoi berapa sy kena lapor diri ? ' Ringkas dan padat . Sejam kemudian bos reply
' Jam 9 . '   Ah bos ni reply lagi ringkas dari aku. Ingatkan aku ni raja malas nak menaip mesej dah rupanya bos lagi terok , Maharaja terus . Reply secoet . Dah la reply pon lambat . Bersangka baik , bos ada banyak kerja . Bininya lagi nak dikerjakan. Opps. Keh Keh Keh


23/06/2014 aku start berpraktikal . So malam tu aku tidur awai . Terpaksa lah korbankan world cup. Biasalah hari pertama nak praktikalkan takut terlambat . Baru lagi kena jadi baik sikit . Cakap lemah lembut mata tengok bawah bila cakap tangan dipeha kaki kepit. hahaha

Selesai subuh terus aku iron baju. Haa awai tu . Kemain semangat . Kalau kat poli kelas lagi 10minit time tu lah nak iron baju pon . Okay siap semua dalam lapan 8.30 pagi tu aku dah gerak dari rumah . 8.38 dah sampai dah tempat praktikal . Tapi aku lepak dalam kereta dulu malas nak turun lagi . Layan lagu dulu . Biasa lah tempat praktikal dekat dengan rumah bila keluar awai sangat ni lah jadinya . 
8.50 baru aku ke kedai tu . Time aku sampai kedai tu ada sorang kak ni tengah sapu sampah . Pekerja situ lah . Dia tengok aku pelik ja . Mungkin ingat aku salesman kot. HAHAHA

' Assalammualaikum kak , saya Harith Syahmi student poli perlis . Hari tu saya minta untuk buat praktikal kat sini . Hari ni saya kena lapor diri . Bos ada dak kak ? '

' Waalaikumusalam . Bos tak mai lagi . Selalunya tengahari sikit baru bos mai . P la duduk dalam dulu kak nak sapu sampah sikit ni . Sat g kita sembang . ' 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari tu bos mai . Bos suruh masuk dalam office dia . Standard hari pertama lah perkenalkan diri dulu kemudian cakap kemahiran apa yang aku ada . Subjek apa aku belajar masa kat poli . Lepas tu bos bagi aku tugas . Task yang sangat senang . Create page facebook untuk kedai tu. Dia bagi aku kerja tu ja . Dari tengahari sampailah ke petang aku dok hadap benda tu ja . Mungkin bos ingat nak buat page tu ambil masa sehari kot . Padahal lima minit je dah siap . Yang lain aku chat dengan membe lain lah. Kesian disebabkan aku bosan yang teramat sangat so aku chat ja dengan membe yang online . Tak cukup chat kat facebook kacau membe dekat whatsapp pulak . Apa lagi luahkan perasaan lah. Ayat bosan tu memang ayat wajib . Yang kena whatsapp dengan aku tu terima kasih lah sebab sudi mendengar luahan hati. HAHAHA


Lepas bagi tugas tu bos terus balik tak masuk office dah . Mati kutu jugak lah aku dok situ . Nasib lah masa dalam office bos tu lagi aku dah tanya boleh balik pukoi berapa . Kalau aku tak tanya cerita dia duduk situ sampai kedai tutup jam 10 malam lah . Masa aku tengah online tu masuk seorang perempuan ataupun gadis sebab nak solat . Nak ke surau kena lalu bilik aku duduk tu dulu. Aku pon senyummlah . Tak senyum di cop sombong pulak kan. Dia senyum kat aku balik . Manis sangat senyum . Lemah jantung tengok dia senyum . Ha Ha Ha

Aku syak perempuan comel tu mesti tua lagi dari aku sebab nak kerja pharmacy bukan boleh ambil budak ikot suka hati kan. Buat silap bagi kuat kat orang ,tak ka naya . Lepas selesai solat dia keluar dari surau tu . Sekali lagi aku senyum kat dia . Kemudian dia tanya aku , 'umoq berapa ? '
So aku cakap lah 20 .

Pastu dia cakap umur dia baru 19. Tengah tunggu nak masuk degree katannya . Budak pandai rupanya patut boleh kerja kat pharmacy . Aku ni umur 20 pon tak habis lagi study . 

Ah panjang sangat ni so aku simpulkan teruslah. Malas dah menaip panjang sangat . 
Okaylah hari pertama praktikal not bad seronok la jugak sebab dapat kawan baru . Tapi sejujurnya lah memang bosan . Bosan sangat . Aku jeles pulak dengan budak kelas lain yang praktikal kat tempat sama . Ada geng so tak bosan sangat . Menyesal jugak lah aku pilih tempat praktikal yang dekat dengan rumah tapi kebosanan . 

2 comments:

Teena Tna said...

First day aku praktikal kat hosp farmasi penat giler. Nak tercabut kaki. Tapi bila dah lebih kurang setahun praktikal, alah bisa tegal biasa. Btw, student pharmacy ke?

Pssttt, Salam ramadhan....

HARITH SYAHMI said...

Nak tcabut kaki? org ramai sgt ek ? HAHA
Bukan student farmasi pon . Tp bos sruh duduk farmasi dlu sebab staff tmpt praktikal tu semua kena pecat .

Salam ramadan jugak ya =))

Search This Blog