7/07/2014

.....

ASSALAMMUALAIKUM



Eh hang ni dah kenapa tajuk hang titik titik ja? Eiiihh la hat ni pon awat dia kalut sangat tak tau tajuk aku nak titik titik pon. Sebenaqnya aku tak tau nak letak tajuk apa la. HAHAHA 


Banyak benda sangat aku nak cerita especially pasal tempat praktikal or latihan industri. Memang aku nak update pasai hari pertama aku praktikal tapi tak sempat. Sampailah puasa kedua baru aku ada kesempatan nak menaip tapi malang la pulak hari kedua puasa tu handphone aku kena hujan lebat. Habis touch screen rosak habis gambar yang aku tangkap sebagai modai untuk cerita dalam blog hilang. Hilang bersama hati yang luluh melihat handphone cedera parah. Keh Keh Keh


Aku cuma dan buat praktikal kat situ cuma dua minggu sebab dalam masa dua minggu tu jugak aku dah mohon dari pihak poli untuk tukar tempat praktikal. Alasannya? nanti aku cerita kemudian . Tapi aku rasa bersalah jugak la dekat bos sebab dah kecewakan dia. Aku boleh nampak dari muka dia yang kecewa time minta kelulusan untuk tukar tempat. Mungkin dia dah niat nak ajar aku banyak benda cuma tak dak kesempatan lagi. Masa nak berhenti jugak dia suruh aku pergi kedai dia minggu depan untuk ambil elaun tapi tak tergamak aku nak ambil sebab aku dah buat dia kecewa. sedih satt dua tiga das. hehe


Sekarang ni aku kena cari tempat praktikal baru. Kalau ikot kos memanglah area kl banyak sangat company yang sesuai dengan kos aku tapi kena pikiaq jugak kos kos lain. Kos sewa rumah kos transport lagi. Bukan aku nak berkira nak cari ilmu tapi kesian lah mak ayah tambah pulak adik baru masuk unikl pinjaman mara pon tak dapat lagi so banyak duit habis kat adik tak kan aku nak tambah beban mak ayah lagi. Ptptn kan adoo? Aku tak ambil pon ptptn sebab tak layak. Ptptn ni tak adil betoi nak bagi pinjam duit pon nak tengok gaji parents. Haish tu duit parents bukan duit aku. tolonglah paham ptptn pon . Masa sem satu dulu bebai jugak la aku dengan ptptn ni tapi lama lama aku bersyukur sebab lepas habis diploma tak payah kalut pikiaq nak bayar duit ptptn dan. Dan ptptn ni jugak ajar aku erti berjimat cermat. Duit yang mak ayah bagi aku gunakan dengan cermat sampai tahap kedekut.hehe.Alhamdulillah. Nampak tak ada hikmah disebalik semua ni.


So sampai sini dulu la. Nanti ada masa kita cerita lagi. Eh dah berapa hari ni kita puasa? Hah baru sehari? Tu hang sorang ja tu yang baru posa sehari. Keh Keh Keh


No comments:

Search This Blog