7/09/2014

HILANG

ASSALAMUALAIKUM



Memandangkan hari ni ada banyak masa so aku nak update sikit pasai hilang . Apa yang hilang ? MH370 ? Ya memang MH370 hilang sampai sekarang tapi bukan tu yang aku nak update . Bukan juga pasai hilang lagu si Najwa Latif tu . Tapi ke mana menghilangnya blogger sezaman dengan aku dulu .



Banyak geng blogger aku sekarang dah menghilang . Last update blog pon 2 tahun lepas . Mungkin ramai yang dah berkahwin kot . Sebab tu terus menghilang dari dunia blog ini . Mungkin ramai jugak yang dah kerja so komitmen cuma untuk kerjaya bukan blog lagi dah . Aku sendiri pon pernah tinggal belog dalam masa yang lama . Bukan sebab merajuk tak ada orang baca belog ni tapi aku MALAS . Malas nak habiskan masa update entri lepas tu blogwalking ke blog geng yang lain walaupun sebenarnya aku minat sangat nak buat semua tu . 


Lepas dah lama aku tinggal blog , tetiba rasa macam nak update pulak . So aku start menaip balik . Aku ubah semuanya termasuk lah url blog . Masa awai aku start blogging url belog ni http://budakmengong.blogspot.com  . Lepas tu aku tukar url disebabkan nak bagi nafas baru. Kononnya lah . Sebab lepas tukar url tu sempat lah up dua tiga entri lepas tu macam biasa aku menyepikan diri. Hangat hangat tahi kuda . Kehkehkeh


Kalau dulu aku suka masuk blog biskut sarkas page sebab cara penulisan dia sangat santai kemudian lawak . Gelak guling guling aku setiap kali baca blog tu . Masa tu memang aku ni silent reader tegar blog dia la . Setiap kali dia update mesti aku akan baca tapi tak pernah komen . Silent reader lah katakan . Sehari tu boleh kata dua tiga kali juga la aku masuk blog dia sebab takut terlepas entri baru . Haa kemain tu. HAHA

Haa kan . Last update pon dua tahun lepas . Blog dia pon dah tak wujud . Mungkin sebab domain dah mati .


Banyak lagi blog aku rajin masuk dulu tapi la ni dah tak aktif . Nak cerita satu persatu sampai raya pon tak habis . Haha melampau betoii 

Okaylah sampai sini dulu update . Inshaallah malam ni kalau ada masa sikit update lagi noh . Relax la kalut nak p mana aih . Bukan hangpa nak baca sangat pon . HA HA HA








12 comments:

Cik Mimie said...

hehehe..patah tumbuh hilang berganti :) harith boleh cari geng baru :)

Haura Marissa said...

well. well. aku pun carik kawan2 blogger aku yg lama2 pun macam dah tak nampak bayang..ke sebab aku pun dah lama menyepi..ke sebab aku dah tukar blog baru..hahaha

HARITH SYAHMI said...

cik mimie : haa geng dgn Cik Mimie pulak la . haha =)

HARITH SYAHMI said...

Haura Marissa : haa dia dh la tu. awaiawai pakat menyepi pastu pakat lawan mencari geng geng lama pulak . haha

Nurul Izwanie said...

Ada je orang baca blog awak. Kah!

HARITH SYAHMI said...

kalau ada pon awak sorang ja. haha

Anis Ifham said...

welcome back bro. meh la kita jadi geng. hahaha xD

Nurul Izwanie said...

Hmm kantoi pula. Bila nak update lagi niii

Cik Itah@RRP said...

salam. kawan blog sy pun ramai yang menghilang..entah kemana perginya mereka :(

HARITH SYAHMI said...

Anis Ifham : haa boleh jugak geng dgn awak . Jom tambah geng . hehe

HARITH SYAHMI said...

Nurul Izwanie : Haha sy pon selalu baca blog awak . ehehe
Dah update , jemput baca =)

HARITH SYAHMI said...

Cik Itah : kan . Dah ramai yg hilang . Misteri sebuah kehilangan . hehe

Search This Blog