7/12/2014

Segmen : Kad Raya By Mouth and Foot .

Memandangkan trauma dinodai gay belum hilang , tambah pulak idea bertempiaran lari takutkan si gay so hari ni aku join satu segmen . Senang sikit kerja . Tak payah aku nak pecah kepala fikir nak up entri malam ni . Just copy paste then siap satu entri . Jimat masa . Nasib baik dapat pulak hadiah . keh keh keh


Segmen ni aku jumpak masa tengah blogwalking kat blog Masam Manis Kehidupan . Syarat segmen ni pon tak susah . Cuma aku kantoi dekat part twitter . Biasalah orang kampung . Mana pandai nak main burung biru tu kan . hehe . Ah tak kisahlah pemenang dipilih secara random ke idok . Yang penting aku nak jugak . Tak dapat kad raya tu aku qeyau woi . Haha


|| Assalamualaikum ||
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah , dengan lafaz Bismillah , wani memulakan segmen ini . Ini merupakan segmen pertama dalam blog wani .


 . InshaaAllah , tamat pada 18hb Julai 2014 ( 20 Ramadhan 1435 )
 . Seramai 16 orang akan menerima kad ini .
 . Pemenang di pilih secara random.org .
 . Semoga segmen ini berhasil dan May Allah Bless You (:

|| Nota Pintu ||
Nak tahu kenapa nama segmen wani By Mouth & Foot ? Sebab kad raya yang bakal wani bagi ini , dari Orang Kurang Upaya yang melukis kad raya ini dengan menggunkan mulut dan kaki . Memang family wani tiap-tiap tahun akan terima kad raya dan perlu bayar kepada persatuan mereka .


|| Terima kasih , Fi Hifzillah . Ilal LiQa'  ||



Meh ramai ramai kita join segmen ni . Zaman sekarang bukan senang ye dok nak dapat kad raya ni . Semua wish selamat hari raya guna facebook je . Letak gambar diri sendiri satu kononnya habis cute kemudian buat ayat saya memohon maaf sekiranya ada salah silap antara kita . Selamat hari raya maaf zahir batin . Lepas tu tag habis semua kawan . Keh Keh Keh


Sekian

7/11/2014

PENGALAMAN BARU

ASSALAMUALAIKUM



Lepas up satu entri pasai hilang haa aku pulak yang hilang . Hilang idea . Hilang semangat nak type . Hilang semuanya . Nasib otak tak hilang cuma isi dalam ja hilang . Kosong otak aku sekarang kosong . 


Malam ni aku dapat satu pengalaman baru . Pengalaman yang tak mungkin aku dapat kat mana mana tempat . Nak kata pengalaman ngeri mungkin jugak lah . Benda ni boleh dikatakan kesinambungan dari kes praktikal jugak lah ni


Disebabkan aku mohon pertukaran tempat praktikal dan dah diluluskan pon so kena lah cari tempat praktikal baru . Aku dapat satu tempat di UTC Aloq Staq tercinta ni . So call manager situ dia cakap terima budak praktikal empat orang . Geng aku pon ada sorang nak tukar tempat then dia cakap nak masuk situ jugak . Aku pon ok lah ada geng kan tadak lah nak bosan sangat sorang sorang


Setelah berhari hari call hari ni baru dapat jumpak bos . Tu pon banyak sangat dugaan . Awal tu bos cakap nak jumpak 2.30 petang . Lepas tu 5 petang then malam pulak . Dua kali aku berulang alik ke office dia tapi hampa . Kali ketiga haa baru dapat jumpak dia . Tu pon kat rumah dia .


Dalam 9.30 malam aku dapat call dari bos cakap jumpak dekat rumah dia ja . Aku ok je . So terus gerak rumah bos . Puas jugak la cari pastu baru jumpak . Bos ni nampak kurus pulak dalam gambar facebook nampak gemuk semacam . Hahaha . Aku pon langkah kaki masuk rumah lepas dia jemput . So start sembang pasal praktikal . Lepas 10 minit sembang pasal praktikal bos buat air kopi kuat apa benda entah . Haish aku dah start rasa lain . Dia suruh aku try minum . Memang tak lah aku nak minum .Lepas tu dia sambung sembang pasai praktikal . 


Seminit kemudian dia bangun lepas tu tutup lampu ruang tamu then buka lampu yang belah dapur so suasana sedikit romantik ye anak anak . Aku bertambah pelik la dengan perangai bos ni . Lepas tutup lampu dia mula cerita lagi mendalam . Bukan cerita pasal praktikal dah tapi dah mula kelaut . Macam macam dia cerita . Dia cerita pasal kehidupan dia start dari landasan keretapi . Bila sebut pasai railway automatik aku dah tau yang dia ni bapok . Kemudian dia mula cerita bab seks . ALLAH . Geli geleman aku dengar kisah dia


Kemudian dia tanya aku 
' Pernah main perempuan dak? ' aku cakap la tak pernah main sebab haram semua tu bla bla bla 

' Ish ruginya tak pernah main perempuan , tak kan tak pernah pegang ? sentuh sikit sikit ka ? '

Aku dah mula rasa lain dah dengan bos ni . Aku geleng kepala jelah malas nak layan . Kemudian dia offer aku gro thailand dan filipina . Percuma okay dia nak bagi kat aku . Gila ka apa bos ni . Dia cakap kedai urut dia siap sebelum raya so raya pertama dah boleh beroperasi kalau nak rasa perempuan boleh lah p kedai dia . Dia cakap gro dah sampai cuma kedai ja tak siap lagi . 


Kemudian dia cerita lagi pasal seks semua benda lepas tu tangan dia mula nak pegang . errk pegang. Malu nak habaq pon . Haish aku tolak tangan dia pastu aku berdiri lah . Kalau aku duduk buat dia terkam aku tak ka naya . Dah la dia minum kopi kuat . Jenoh aku . HAHAHA . So aku cakap nak balik dulu sebab dah lewat ni . Kemudian dia mai dekat aku , dia cakap nak balik kena bagi pegang dulu . Haish budak gay ni sat g aku terajang jugak . Kata dalam hati jelah . Tapi memang otak dengan hati saling berhubung seperti susu enfagrow dah suruh terajang budak gay tu tapi akal pulak jadi pemisah suruh tolak dia ja. Lepas aku tolak budak gay tu memang aku ciao terus . Start kereta terus balik . 


Haa tak sangka aku boleh dapat pengalaman macam ni hari ni . Nasib lah aku ni lelaki tulen yang dia tu pulak terlebih hormon perempuan . Kalau tak naya ja aku jadi mangsa liwat dia . HAHA . Hang tunggu hari raya , aku akan pastikan kedai hang yang baru bukak tu kena serbu . Tu janji aku

Maaf tak sempat nak singgah dan komen entri geng geng blogger . Inshaallah lepas sahur baru sambung aktiviti merempit di blog geng geng sekalian . HEHE


                                                             ***PLEASE PRAY FOR GAZA****


Sekian dulu hari ni .


7/09/2014

HILANG

ASSALAMUALAIKUM



Memandangkan hari ni ada banyak masa so aku nak update sikit pasai hilang . Apa yang hilang ? MH370 ? Ya memang MH370 hilang sampai sekarang tapi bukan tu yang aku nak update . Bukan juga pasai hilang lagu si Najwa Latif tu . Tapi ke mana menghilangnya blogger sezaman dengan aku dulu .



Banyak geng blogger aku sekarang dah menghilang . Last update blog pon 2 tahun lepas . Mungkin ramai yang dah berkahwin kot . Sebab tu terus menghilang dari dunia blog ini . Mungkin ramai jugak yang dah kerja so komitmen cuma untuk kerjaya bukan blog lagi dah . Aku sendiri pon pernah tinggal belog dalam masa yang lama . Bukan sebab merajuk tak ada orang baca belog ni tapi aku MALAS . Malas nak habiskan masa update entri lepas tu blogwalking ke blog geng yang lain walaupun sebenarnya aku minat sangat nak buat semua tu . 


Lepas dah lama aku tinggal blog , tetiba rasa macam nak update pulak . So aku start menaip balik . Aku ubah semuanya termasuk lah url blog . Masa awai aku start blogging url belog ni http://budakmengong.blogspot.com  . Lepas tu aku tukar url disebabkan nak bagi nafas baru. Kononnya lah . Sebab lepas tukar url tu sempat lah up dua tiga entri lepas tu macam biasa aku menyepikan diri. Hangat hangat tahi kuda . Kehkehkeh


Kalau dulu aku suka masuk blog biskut sarkas page sebab cara penulisan dia sangat santai kemudian lawak . Gelak guling guling aku setiap kali baca blog tu . Masa tu memang aku ni silent reader tegar blog dia la . Setiap kali dia update mesti aku akan baca tapi tak pernah komen . Silent reader lah katakan . Sehari tu boleh kata dua tiga kali juga la aku masuk blog dia sebab takut terlepas entri baru . Haa kemain tu. HAHA

Haa kan . Last update pon dua tahun lepas . Blog dia pon dah tak wujud . Mungkin sebab domain dah mati .


Banyak lagi blog aku rajin masuk dulu tapi la ni dah tak aktif . Nak cerita satu persatu sampai raya pon tak habis . Haha melampau betoii 

Okaylah sampai sini dulu update . Inshaallah malam ni kalau ada masa sikit update lagi noh . Relax la kalut nak p mana aih . Bukan hangpa nak baca sangat pon . HA HA HA








BEST KE PRAKTIKAL?

ASSALAMUALAIKUM



Sebenarnya dah berhari dan bermingu dah aku cakap nak cerita pasal praktikal . Cuma tak sempat . Kadang bukan tak sempat sangat pon cuma aku malas =.= hahaha


Hm pengalaman hari pertama aku berpraktikal . Best ke praktikal ni ? Ni la persoalan yang lama sangat dah dok dalam kepala aku . Yelah sebelum ni dengar cerita dari senior yang pergi praktikal kat i-city. Kononnya macam gempak lah sangatkan praktikal kat i-city tu lain dari yang lain. Last last memang lain dari orang lain lah hang tu sebab setiap hari cuma dapat kerja jaga parking . HAHAHAHA 


Okay berbalik ke hari pertama aku jadi budak praktikal .Sehari sebelum start praktikal tu aku mesej bos .
' Salam bos , esok pukoi berapa sy kena lapor diri ? ' Ringkas dan padat . Sejam kemudian bos reply
' Jam 9 . '   Ah bos ni reply lagi ringkas dari aku. Ingatkan aku ni raja malas nak menaip mesej dah rupanya bos lagi terok , Maharaja terus . Reply secoet . Dah la reply pon lambat . Bersangka baik , bos ada banyak kerja . Bininya lagi nak dikerjakan. Opps. Keh Keh Keh


23/06/2014 aku start berpraktikal . So malam tu aku tidur awai . Terpaksa lah korbankan world cup. Biasalah hari pertama nak praktikalkan takut terlambat . Baru lagi kena jadi baik sikit . Cakap lemah lembut mata tengok bawah bila cakap tangan dipeha kaki kepit. hahaha

Selesai subuh terus aku iron baju. Haa awai tu . Kemain semangat . Kalau kat poli kelas lagi 10minit time tu lah nak iron baju pon . Okay siap semua dalam lapan 8.30 pagi tu aku dah gerak dari rumah . 8.38 dah sampai dah tempat praktikal . Tapi aku lepak dalam kereta dulu malas nak turun lagi . Layan lagu dulu . Biasa lah tempat praktikal dekat dengan rumah bila keluar awai sangat ni lah jadinya . 
8.50 baru aku ke kedai tu . Time aku sampai kedai tu ada sorang kak ni tengah sapu sampah . Pekerja situ lah . Dia tengok aku pelik ja . Mungkin ingat aku salesman kot. HAHAHA

' Assalammualaikum kak , saya Harith Syahmi student poli perlis . Hari tu saya minta untuk buat praktikal kat sini . Hari ni saya kena lapor diri . Bos ada dak kak ? '

' Waalaikumusalam . Bos tak mai lagi . Selalunya tengahari sikit baru bos mai . P la duduk dalam dulu kak nak sapu sampah sikit ni . Sat g kita sembang . ' 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tengahari tu bos mai . Bos suruh masuk dalam office dia . Standard hari pertama lah perkenalkan diri dulu kemudian cakap kemahiran apa yang aku ada . Subjek apa aku belajar masa kat poli . Lepas tu bos bagi aku tugas . Task yang sangat senang . Create page facebook untuk kedai tu. Dia bagi aku kerja tu ja . Dari tengahari sampailah ke petang aku dok hadap benda tu ja . Mungkin bos ingat nak buat page tu ambil masa sehari kot . Padahal lima minit je dah siap . Yang lain aku chat dengan membe lain lah. Kesian disebabkan aku bosan yang teramat sangat so aku chat ja dengan membe yang online . Tak cukup chat kat facebook kacau membe dekat whatsapp pulak . Apa lagi luahkan perasaan lah. Ayat bosan tu memang ayat wajib . Yang kena whatsapp dengan aku tu terima kasih lah sebab sudi mendengar luahan hati. HAHAHA


Lepas bagi tugas tu bos terus balik tak masuk office dah . Mati kutu jugak lah aku dok situ . Nasib lah masa dalam office bos tu lagi aku dah tanya boleh balik pukoi berapa . Kalau aku tak tanya cerita dia duduk situ sampai kedai tutup jam 10 malam lah . Masa aku tengah online tu masuk seorang perempuan ataupun gadis sebab nak solat . Nak ke surau kena lalu bilik aku duduk tu dulu. Aku pon senyummlah . Tak senyum di cop sombong pulak kan. Dia senyum kat aku balik . Manis sangat senyum . Lemah jantung tengok dia senyum . Ha Ha Ha

Aku syak perempuan comel tu mesti tua lagi dari aku sebab nak kerja pharmacy bukan boleh ambil budak ikot suka hati kan. Buat silap bagi kuat kat orang ,tak ka naya . Lepas selesai solat dia keluar dari surau tu . Sekali lagi aku senyum kat dia . Kemudian dia tanya aku , 'umoq berapa ? '
So aku cakap lah 20 .

Pastu dia cakap umur dia baru 19. Tengah tunggu nak masuk degree katannya . Budak pandai rupanya patut boleh kerja kat pharmacy . Aku ni umur 20 pon tak habis lagi study . 

Ah panjang sangat ni so aku simpulkan teruslah. Malas dah menaip panjang sangat . 
Okaylah hari pertama praktikal not bad seronok la jugak sebab dapat kawan baru . Tapi sejujurnya lah memang bosan . Bosan sangat . Aku jeles pulak dengan budak kelas lain yang praktikal kat tempat sama . Ada geng so tak bosan sangat . Menyesal jugak lah aku pilih tempat praktikal yang dekat dengan rumah tapi kebosanan . 

KALI KEDUA

ASSALAMUALAIKUM



Okay entry kontot. Mata pon dah kuyu . Sahur pon dah nak dekat . Tapi sebelum sahur tengok semi final world cup dulu antara Brazil vs Germany . Game best . Aku rasa Germany menang game ni and final pulak Netherland vs Germany . Semestinya aku support Netherland . hehe


Okaylah nama pon entry kontot so tak payah nak merapu banyak sangat. Hari ni follower belog aku dah cecah angka 200 buat kali kedua . Dulu pon dah 206 follower camtu tapi entah kemana lapan orang blogger tu hilang sampai follower belog aku tinggal 198 je. Sayu sat . Tapi jumlah follower tu bukanlah isu utama . Bukannya aku ligan populariti pon . Kehkehkeh. 

Aku buat blog ni pon saja ja minat nak menaip walaupun agak merapu dan kelaut . Tak pasang pon niat nak jadi sehebat Ben Ashaari , Hanis Zalikha . Yuyu Zulaikha , semuanyalah yang femes femes tu . Tapi kalau jadi macam depa pon apa salahnyakan. hehehe

Jom usha follower yang ke 200 kali kedua ni .


Haa nampak tak jejak beliau . Follower yang ke 200 tu . Hehe bangga sat blog semak geli bulu ketiak macam ni pon ada orang nak follow. Terima kasih cikdelima dan semua follower lain sebab dah follow blog yang langsung tak berilmiah macam ni . Mohon jangan ada yang unfollow pulak lepas entry ni . Cek cekek lehiaq hang kot sat g . HAHAHA

Okaylah selamat malam semua .

7/07/2014

MUSAFIR CINTA

ASSALAMMUALAIKUM



Entri kali ni cuma nak highlightkan hasil kerja student JRKV PTSS. So tak payah nak bebel banyak banyak jom layan filem pendek bertajuk ' Musafir Cinta' . Padat dengan pengajaran dan teladan. 






Dah habis tonton filem pendek ni? haa apa pandangan hangpa mengenai filem pendek ni?ok or tak?hehe

.....

ASSALAMMUALAIKUM



Eh hang ni dah kenapa tajuk hang titik titik ja? Eiiihh la hat ni pon awat dia kalut sangat tak tau tajuk aku nak titik titik pon. Sebenaqnya aku tak tau nak letak tajuk apa la. HAHAHA 


Banyak benda sangat aku nak cerita especially pasal tempat praktikal or latihan industri. Memang aku nak update pasai hari pertama aku praktikal tapi tak sempat. Sampailah puasa kedua baru aku ada kesempatan nak menaip tapi malang la pulak hari kedua puasa tu handphone aku kena hujan lebat. Habis touch screen rosak habis gambar yang aku tangkap sebagai modai untuk cerita dalam blog hilang. Hilang bersama hati yang luluh melihat handphone cedera parah. Keh Keh Keh


Aku cuma dan buat praktikal kat situ cuma dua minggu sebab dalam masa dua minggu tu jugak aku dah mohon dari pihak poli untuk tukar tempat praktikal. Alasannya? nanti aku cerita kemudian . Tapi aku rasa bersalah jugak la dekat bos sebab dah kecewakan dia. Aku boleh nampak dari muka dia yang kecewa time minta kelulusan untuk tukar tempat. Mungkin dia dah niat nak ajar aku banyak benda cuma tak dak kesempatan lagi. Masa nak berhenti jugak dia suruh aku pergi kedai dia minggu depan untuk ambil elaun tapi tak tergamak aku nak ambil sebab aku dah buat dia kecewa. sedih satt dua tiga das. hehe


Sekarang ni aku kena cari tempat praktikal baru. Kalau ikot kos memanglah area kl banyak sangat company yang sesuai dengan kos aku tapi kena pikiaq jugak kos kos lain. Kos sewa rumah kos transport lagi. Bukan aku nak berkira nak cari ilmu tapi kesian lah mak ayah tambah pulak adik baru masuk unikl pinjaman mara pon tak dapat lagi so banyak duit habis kat adik tak kan aku nak tambah beban mak ayah lagi. Ptptn kan adoo? Aku tak ambil pon ptptn sebab tak layak. Ptptn ni tak adil betoi nak bagi pinjam duit pon nak tengok gaji parents. Haish tu duit parents bukan duit aku. tolonglah paham ptptn pon . Masa sem satu dulu bebai jugak la aku dengan ptptn ni tapi lama lama aku bersyukur sebab lepas habis diploma tak payah kalut pikiaq nak bayar duit ptptn dan. Dan ptptn ni jugak ajar aku erti berjimat cermat. Duit yang mak ayah bagi aku gunakan dengan cermat sampai tahap kedekut.hehe.Alhamdulillah. Nampak tak ada hikmah disebalik semua ni.


So sampai sini dulu la. Nanti ada masa kita cerita lagi. Eh dah berapa hari ni kita puasa? Hah baru sehari? Tu hang sorang ja tu yang baru posa sehari. Keh Keh Keh


Search This Blog