7/20/2014

SAMAN

ASSALAMUALAIKUM



Haa lama kemain tak update . Dah tu mai mai nak saman . Cuba la bawak mengucap . Pasai apa ni nak saman saman . Cuba cerita sikit Wak Danok oi . Ni Wak Danok nak cerita la ni . Hang kalot semacam pasaipa . Wak tampaq hang sat g berteraboq kot gigi . kehkehkeh ganas pulak Wak Danok ni sekali aku yang tampaq pulak baru hang tauu Wak Danok oi . Mai buat garang boleh dekat entri aku . HAHA


Maka berceritalah Wak Danok ni kepada rakyatnya .............................................


Hari tu Wak ada join satu segmen . Kamu semua ingat dak? Alah segmen kad raya tu . Kemain Wak buat entri hari tu . Tak kan tak ingat ? Kang Wak kasi penampo buaya kang baru berakai kamu semua . Cepat ingat . Begini cerita dia . Masa Wak join segmen Wak dapat no 8 . Apa lagi Wak terus ke random.org memandangkan pemenang dipilih mengunakan benda alah tu . Wak pon mengetest samaada no8 tu memang bertuah . Banyak kali Wak cuba memang ternyata no 8 tu sangat bertuah sebab berulang kali naik no 8 . Wak tersenyum riang


Dalam hati Wak yakin mesti wak dapat punyalah kad raya tu sambil tersenyum sinis Wak membayangkan muka muka peserta segmen tu yang hampa bila tak dapat kad raya tersebut . Wak membayangkan setiap hari bahkan setiap malam muka peserta yang kecewa nanti . Sekali lagi Wak tersenyum sinis . Senyuman Wak masa tu umpama senyuman bawang merah alah si Nia Ramadhani dalam sinetron bawang merah bawang putih tu . Tipu lah kalau tak tengok indon beratus episod tu . Kemain femes orang dok maki hamun si bawang merah dengan mak dia tu . Jangan lupa nenek dia pon jahat . Tak padan dengan tua krepot . Menyampah . kehkehkeh


Cukup 18/07/2014 pemenang segmen tu diumumkan . Apa lagi Wak terjah masuk terus lah belog beliau sebab nak claim hadiah tersebut . Wak tengok senarai nama pemenang tu . Dari atas sampai bawah Wak scroll . Wak mencari cari dimana no Wak . Wak yakin mesti ada kesilapan berlaku ni . Macam manalah no Wak tak naik ni . Penat je tau Wak membayangkan muka peserta lain tapi tak disangka akhirnya Wak yang kecewa . Wak frust sehingga tak mampu menaip . Akhirnya setelah dua hari berlalu Wak cekalkan hati menjadi setabah si bawang putih melawan si bawang merah bagi mendapatkan cinta si Ferdy . Kononnya lagi hensem dari Wak lah time tu . Muka ikat bata ada hati nak lawan muka dengan Wak . Ah meluatnya .


Disebabkan peristiwa itu , Wak mengambil keputusan untuk memfailkan satu tuntutan saman malu kerana random.org tidak memilih no 8 Wak tu . Sangup random.org memainkan hati dan perasaan Wak sehinga Wak terkulai kaku bagai cendawan yang digoreng hangit dibiarkan dalam tong sampah . Hendak dimakan tidak sedap , diberi kucing kucing pon tak berselera . Apa kaitannya ? kahkahkah


Sebab tu ja Wak Danok nak menyaman ? Huk aloh Wak Danok . Dah bukan rezeki nak buat macam mana . Tu lah over confident kan dah makan diri . Padan muka Wak . Kesian Wak Danok . Apa kata kita buat macam ni . Bertukar kad raya . Kau kirim aku kad raya aku kirim balik kad raya kat kau .


Ah tak  payah lah kad raya raya bagai . Posmen pon nak cuti jugak . Kesian abam posmen tau . Sent jelah ikot wasep ka wechat ke . Kan senang . Posmen pon boleh bercuti dengan senanglenangnya . Sekali sekala bagi la abam posmen rehat sama . 


Maaflah lama tak melawat belog geng blogger kita . Busy sikit . Biasalah rakyat biasa perlu bekerja keras untuk terus hidup . Lain lah orang orang yang diatas . hehe

Sekian dulu hari ini. 



Search This Blog