5/16/2015

JAWAPAN SEBUAH KEHILANGAN

Assalamualaikum 


Lepas kejadian malam tu otak guwa terasa macam kehilangan sesuatu yang berharga. Puas guwa fikirkan pagi tenghari petang malam komponen mana dalam otak guwa yang hilang sampai tak update blog sebab terlalu sibuk dok fikir benda tu. Sampai sekarang guwa tengah fikir. 


Oh ya. Kejadian yang guwa maksudkan ni sebenarnya dah dua bulan berlaku. Tapi baru sempat guwa menaip disebabkan sibuk memahami GST. mungkin hanya mereka yang CGPA 3.85 dapat memahami konsep GST yang dikatakan dapat menurunkan harga barang. Kadang guwa tertanya jugak, barang apalah yang akan turun harga . Mungkin barang yang lepas jangan di kenang kot.kehkehkeh


Tak mungkin dapat guwa lupakan kejadian yang berlaku pada hari rabu jam 11.40 malam. Sebuah kereta yang dipandu Yuan dan guwa disebelahnya pada kelajuan 80km/h merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan. Untuk memudahkan penceritaan maka guwa siapkan satu lukisan 3.85 FULL HD.




Penungang motosikal tu sebenarnya nak beli air teh halia dekat RnR Pauh. Dekat je dengan rumah sewa beliau. Cuma croos highway tu dah sampai. Nampak je macam dekat tapi malang tu kita tak tahu dekat ke jauh. Kita namakan penunggang motosikal ni L. Disebabkan terlalu dahaga L buat keputusan nak beli air teh halia tu di RnR pauh dalam keadaan migrain dan tak pakai helmet.


L sepatutnya guna bahu jalan pergi ke arah politeknik dahulu sampai ke traffic light baru croos highway tu, tapi malam tu, L keluar dari simpang rumah sewa terus dia ke tengah jalan. Area situ pulak gelap, sebenarnya ada lampu jalan tapi tak dihidupkan kata polis tu kerajaan negeri perlis nak jimatkan letrik. Hm nasiblah. Masa kereta Yuan dan guwa dah lepas traffic light tu baru Yuan perasan ada moto, Yuan dah bagi lampu tinggi dan hon berulang kali tanda amaran, tapi moto tu teruskan jugak perjalanan ke arah divider, Yuan dah pijak break rapat,memang dah bunyi drif dah masa tu, tapi dah dekat sangat pada kelajuan 80km/h memang tak lah kereta nak berhenti terus. Sebelum merempuh motosikal L aku sempat mengaduh, Yuan kenapa moto ni,cilake lah kata guwa ke Yuan dan tiba tiba pannnnggggggggggg !!!!!


Kereta kelisa Yuan merempuh motosikal tersebut. Masa perlanggaran tu kepala guwa terhentak sikit lah dekat cermin kereta Yuan. Mungkin masa tu lah komponen dalam otak guwa hilang. Tapi tu tak ngeri lagi, yang ngerinya pulak Yuan cakap muka L terpampang dekat cermin kereta dia sebelum L melambung jatuh ke atas tar. Masa tu jangan cakaplah dalam kepala otak guwa cuma ingat mesti orang ni mati atas faktor kelajuan kereta dan hentaman mengikut kiraan teori fizik yang guwa belajar semasa dibangku sekolah. Terus guwa turun dari kereta lepas 100% kereta berhenti. Guwa perasan orang kat RnR berlari menuju ke arah kami sambil menjerit eksiden. Guwa panik. Guwa menuju ke bahu jalan, terus tangan mencapai smartphone dan guwa call Am untuk inform Am, Yuan dengan aku dah langgar orang kampung situ. 


Beberapa minit kemudian Am sampai ke lokasi kejadian dengan beberapa orang lagi housemate Am. Rumah sewa Am area situ jugak. Dalam seminit pon dah boleh sampai. Tapi boleh jadi Am berak dulu masa nak ke lokasi kejadian sebab tu makan masa beberapa minit. Masa Am sampai tu aku cerita dari a sampai z sambil tangan mengigil teruk. 

Nasiblah masa panik tu orang yang dekat RnR tu dah call JPAM dan Polis. Aku tengok keadaan L dari bahu jalan. Muka separuh berada atas divider dan separuh lagi terkena tar jalan. Muka L betul betul menghadap tar. Masa JPAM sampai, anggota JPAM mengalihkan badan L. Masa tu baru perasaan yang si L ni classmate guwa dan Yuan. 

Memang terkejut masa tu. Memang tak sangka. Guwa tak henti henti berdoa supaya L selamat. Malam itu memang ramai yang tolong. Lega jugak walaupun mengigil satu badan. 









Esoknya kami melawat L dihospital. Cari punya cari tak jumpa wad mana L ditempatkan. Pergi kaunter tanya nurse, nurse cakap takde pulak nama tu daftar masuk hospital. Dah penat cari tapi tak jumpa terus kami pergi ke balai polis untuk buat report pasal kejadian tu. Petang tu kami dapat info yang L ni dah keluar dari hospital dan ada di rumah Tuan rumah sewa L. Parents L pon ada sekali. Guwa masuk ke bilik untuk menziarahi L. Allah. Ngerinya tengok muka L. Lain dari rupa asal dia. L tanya ke guwa beberapa soalan tapi guwa tak berapa faham tutur kata L masa tu mungkin disebabkan luka pada pipi dan mulut L. Tapi alhamdullilah L langsung tak ada patah tangan or kaki walaupun kena rempuh sampai terbang dari moto ke kereta pastu jatuh ke bumi. Bayangkan badan separuh atas divider separuh atas jalan. Muka menghala ke tar.


15 minit lepas tu, classmate guwa penuh kerumun dalam bilik tu sebab nak tengok L. Terus guwa keluar dari bilik untuk bagi laluan kat orang lain pulak. Guwa bersembang dengan adik lelaki L. Umur dalam 19 teka guwa. Guwa ajak adik L untuk tengok kereta Yuan yang di park berdekatan rumah sewa L. Adik L belek kat cermin kereta, huh rambut L pon ada terlekat dekat cermin tu. Banyak jugak lah. Aduh. Lemah semangat guwa kalau ingat balik kejadian malam tu.


Dan yang tak boleh guwa lupa jugak, sebab kejadian ni jugak tiga hari guwa kena bahan dengan classmate dan lecturer. HAHAHA. Sebabnya boleh pulak guwa cuma berdiri kat bahu jalan tanpa tolong Yuan masa tu. Guwa bukan tak mau tolong der,cuma dalam fikiran guwa orang yang kena langgar tu dah mati dan guwa ngeri nak tengok darah pekat atas jalan yang banyak tu.kehkehkeh
Tapi guwa tolong jugak kot masa tu, guwa tolong call classmate suruh mai situ. Dasar tak mengenang budi. Tiga hari guwa kena bahan. HAHAHAHA

Search This Blog