5/21/2017

Kepulangan yang misteri

 Assalammualaikum


Alhamdulillah hujan lebat pagi ni. Jam sekarang 5pagi kot tapi aku masih tak boleh nak tidur. 

entah apa puncanya tiba tiba rajin pulak nak bukak blog lepas di tinggalkan bertahun lamanya. Nah sebab tu la tajuk kepulangan yang misteri. Kepulangan aku ke blog ini tanpa sebab yang kukuh dan misteri. hahahahahahaha

Hm susah jugak menaip guna tablet ni. Berbakul makian dah ni keluar sebab aku nak delete satu perkataan ja pon tapi dia p delete satu entry ceq. haih sabo je lah. 

Disebabkan Asus putih mengalami ganguan jin dan syaiton yang teruk sampai tak boleh on terus terpaksa la aku taip guna tablet ni. Syukur lah masih ada tablet. Kalau taip guna smartphone buah lagi lah menambah bara kat hati ni sebab saiz beliau yang kecik. Semua benda tak puas hati. Dasar manusia tak reti bersyukur. hahahahahaha

Banyak sebenarnya perkara yang nak diceritakan cuma malas nak taip. Lagi pon budak budak zaman sekarang ni bukannya rajin nak membaca pon sampaikan resepi masakan pon disuruh lukis supaya mudah nak dihadam dan tak payah seksa mata nak baca. Aku salah seorang dari mereka HAHAHAHAHA

Ada kerajinan kita up lagi entry. lagipun sekarang busy sikit. dah tak banyak masa tinggal untuk buat prepration. Semua kena buat sendiri pulak tu. takpa I can duitt. eh i can do it lah. Harap dipermudahkan segalanya. AMEEN !!

Maybe next entry kita cerita sikit pasai prepration tu. So stay tuned. Mungkin 10 tahun lagi pulak baru update. kahkahkah padanmuka

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Search This Blog